Connect with us

Oh! Media

KK Mart Di Kuching Diserang Menggunakan ‘Bom Molotov’

kk mart

Trending

KK Mart Di Kuching Diserang Menggunakan ‘Bom Molotov’

Nampaknya isu melibatkan KK Mart tidak akan berakhir dalam masa terdekat apabila kedai serbaneka itu sekali lagi diserang menggunakan ‘Bom Molotov’ di cawangan Jalan Satok, Kuching, Sarawak.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi itu menyebabkan kebakaran di kaki lima premis tersebut.

kuching

Pihak polis telah menerima laporan mengenai insiden itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang juga merupakan pekerja KK Mart di Jalan Satok.

Suspek kini sedang giat dikesan dan kes disiasat di bawah seksyen 435 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 7 tahun, dan boleh juga dikenakan denda.

Kredit: Polis Daerah Kuching

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas