Connect with us

Oh! Media

imran bard

Oh! Artis

Imran Bard Bengang Nama Masuk Dalam Senarai #Blockout2024

Kalau nama tiba-tiba masuk dalam senarai #blockout2024, apa korang akan rasa? Macam Imran Bard ni dia rasa tak puas hati sebab namanya turut tersenarai kerana didakwa masih menggunakan serta mempromosi jenama mewah antarabangsa yang merupakan pro Israel.

Menerusi video berdurasi 8 minit di TikTok, Imran memberi penjelasan terhadap beberapa isu yang dibangkitkan oleh warganet membabitkan kempen boikot ini.

IKLAN

Imran Bard jelaskan dia tak beli barang pro Israel tetapi diberikan kepadanya…

Isu pertama yang dijelaskan olehnya adalah tentang hadiah hari jadinya kepada rakan pempengaruh, Azfar Heri baru-baru ini.

Difahamkan, Imran telah menghadiahkan Azfar produk jenama mewah pro Israel namun katanya ia tidak dibeli menggunakan duitnya sendiri sebaliknya merupakan pemberian jenama itu kepadanya.

imran bard

Terpaksa hadir ke platform pro Israel untuk cari rezeki…

Imran turut menjawab dakwaan bahawa dia sering hadir ke acara yang dianjurkan oleh jenama pro Israel dan katanya ia merupakan platform untuknya mencari rezeki.

Bagaimanapun, Imran akui tidak memuat naik apa-apa hantaran berkaitan acara sebegitu kerana menghormati keadaan dan apa yang sedang berlaku di Palestin.

Sekarang ni aku takde job, jadi aku kena cari job. Macam mana? Pergi event (networking). Takkanlah aku nak duduk rumah melepet je, aku kena pergi event, sayang. Apa yang susah sangat nak faham? Aku pergi event untuk buat PR (public relation).

Bengang dituduh tak pernak kongsi apa-apa tentang Palestin…

Imran juga menepis tuduhan bahawa dia tidak pernah berkongsi tentang Palestin di platform media sosialnya malah akui banyak kali menolak tawaran kerja daripada jenama pro Israel sehingga menyebabkannya disaman.

Walaupun kita percaya pada rezeki Allah, tapi kita kena usaha sebab rezeki tak datang bergolek. Tahu tak betapa banyaknya brand aku reject, disebabkan boikot, ada yang nak saman. Sampai masuk mahkamah.

Siapa cakap aku tak pernah post? Hari hari aku repost, dekat TikTok, IG story, dekat X. Pergi tengok.

Apapun, Ohmedia nak nasihatkan korang untuk jadilah netizen yang bijak sebelum menyertai apa-apa gerakan. Siasat dan pastikan kesahihan sesuatu maklumat itu sebelum melabel sesiapa.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas