Connect with us

Oh! Media

‘Perlu Ada Budi Bicara & Perikemanusiaan Dalam Tindakan Yang Diambil’ – Perdana Menteri

Pm Muhyiddin

Trending

‘Perlu Ada Budi Bicara & Perikemanusiaan Dalam Tindakan Yang Diambil’ – Perdana Menteri

Baru-baru ini, seorang peniaga burger dan colek di Kelantan masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 bagi kesalahan beroperasi lebih masa. Tidak mampu untuk menjelaskan jumlah kompaun yang besar, peniaga colek, Mohd Azizi Mohd Nor berkata dia lebih rela masuk ke penjara.

BACA: ‘Saya Dan Isteri Buntu..’ – Peniaga Colek Terkejut Dikenakan Kompaun RM 50,000

Memetik laporan Harian Metro, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pertandingan Komuniti Zon Hijau Covid-19 mengingatkan agensi penguatkuasa supaya menggunakan pendekatan lebih berhemah.

IKLAN
Photo 2021 04 27 16 31 28 1619512783 2
Foto Harian Metro

Katanya, penguat kuasa yang menjalankan kawalan dan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perlu ada ketegasan untuk memastikan peraturan dipatuhi namun dalam masa sama perlu ada budi bicara dan perikemanusiaan.

Perlu ada budi bicara dan perikemanusiaan dalam tindakan yang diambil menurut ruang lingkup undang-undang supaya usaha kita untuk mendidik masyarakat atau komuniti akan lebih diterima.

Hal ini sangat penting, terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19 yang memberi kesan sangat besar kepada kehidupan rakyat. Ada (rakyat) yang berikhtiar menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan seperti menjual burger, makanan ringan, minuman ataupun hasil tanaman masing-masing.

Tambah beliau lagi, peniaga bukanlah pemilik syarikat atau pertubuhan perniagaan yang besar. Sebaliknya hanya pemegang lesen untuk berniaga sendiri secara kecil-kecilan.

178187863 10162099220099572 3606326866416115719 n 1

Beliau berharap kerjasama dan persefahaman yang baik antara masyarakat dan penguat kuasa mampu memperkasakan usaha membendung penularan Covid-19.

Beliau yakin jika sikap saling mengingatkan diamalkan, amalan norma baharu dapat dibudayakan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas