Connect with us

Oh! Media

Peniaga Burger Tak Sangka Dikompaun RM50,000 Buka Perniagaan Lebih Had Masa

Trending

Peniaga Burger Tak Sangka Dikompaun RM50,000 Buka Perniagaan Lebih Had Masa

Seorang peniaga burger meluahkan rasa kecewa di akaun Facebook miliknya apabila mendakwa dia dikenakan kompaun RM 50,000 oleh pihak polis kerana kesalahana berniaga melebihi had masa.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, individu dikenali sebagai Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, menjalankan perniagaannya di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan, Kelantan. Dia memaklumkan yang dia didatangi oleh beberapa anggota polis sewaktu menyiapkan tempahan makanan pelanggan pada jam 11.10 malam.

Menurutnya, pihak polis mengeluarkan kompaun RM 50,000 kerana kesalahan berniaga melebihi masa yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada ketika itu, memang tiada seorang pelanggan di kedai dan saya sedang menyiapkan tempahan pekerja kilang.

Saya memang belum tutup kedai tapi meja sudah disimpan. Saya hanya menyiapkan tempahan pelanggan untuk dihantar ke pekerja kilang – katanya. 

Ketika dihubungi Harian Metro, dia terkejut kerana dikenakan kompuan dengan nilai setinggi itu. Menurutnya, pihak polis yang datang memaklumkan ada pihak yang membuat laporan dengan mengatakan kedai burger miliknya beroperasi lebih masa yang ditetapkan.

Ketika PKP sebelum ini saya sudah dikenakan kompaun RM 1,000 kerana kesalahan yang sama. Anggota polis ada memberitahu, kompaun yang dikenakan dengan jumah RM 50,000 itu kerana kesalahan berulang. – Tambahnya lagi.

Namun, peniaga itu tidak menyangka kompaun kali ini dikenakan dengan nilai setinggi RM 50,000. Dia merayu agar kompaun itu dipertimbangkan semula memandangkan hasil pendapatannya hanya menjual burger.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten KomisioneR Abdul Rahman Daud mengesahkan kes kompaun berkenaan ketika dihubungi.

Menurutnya, kompaun bagi premis yang berniaga lebih masa atau membuka meja untuk pelanggan atau tidak menyediakan penyukat suhu memang jumlah kompaun pada kertas saman ditulis RM 50,000 sebagai jumlah maksimum. Manakala untuk kesalahan individu ditulis jumlah maksimum RM 10,000.

Walau bagaimanapun, peniaga boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas