Connect with us

Oh! Media

Pesara Polis Wanita Ditahan Cuba Lari Dan Rempuh Dua Kenderaan

Ohmedia polis dadah

Oh! Tidak

Pesara Polis Wanita Ditahan Cuba Lari Dan Rempuh Dua Kenderaan

Pesara polis wanita ditahan selepas melarikan diri hampir 50KM sebelum polis jumpa pil ekstasi dalam keretanya.

Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas dipercayai melarikan diri hampir 50 kilometer daripada pemeriksaan polis pada Isnin malam. Kejadian itu turut membabitkan beberapa kemalangan jalan raya sebelum suspek berjaya diberkas di Melaka.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan dalam kereta Honda City yang dipandunya menemukan beberapa pil disyaki dadah jenis ekstasi. Suspek juga didapati positif dadah jenis amphetamine selepas menjalani ujian saringan air kencing.

Polis kejar sampai ke Melaka

Polis

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali, polis menerima maklumat mengenai sebuah kereta yang melanggar kenderaan lain di Taman Sedia Raja, Chembong kira-kira jam 10.30 malam.

IKLAN

Ketika anggota rondaan pelbagai guna IPD Rembau menuju ke lokasi, mereka terserempak dengan kereta suspek dan cuba memberhentikannya. Namun, wanita terbabit enggan memberi kerjasama sebelum bertindak melarikan diri ke arah Melaka.

Ketika anggota MPV dalam perjalanan ke lokasi, mereka terserempak dengan kereta berkenaan dan cuba memberhentikannya, namun suspek enggan memberi kerjasama sebelum melarikan diri.- Katanya.

Polis jumpa pil ekstasi dalam kereta

Kredit Foto Janaan AI

Hasil kerjasama anggota ronda Balai Polis Kota bersama MPV Alor Gajah dan Melaka Tengah, kereta suspek akhirnya berjaya ditahan di Jalan Bukit Beruang, Melaka sekitar jam 11.40 malam.

Pemeriksaan lanjut menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi empat pil disyaki dadah jenis ekstasi di dalam sebuah beg dalam kereta suspek.

Pemeriksaan mendapati suspek merupakan pesara polis. Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis amphetamine.- Katanya.

Turut terlibat dua kemalangan

Kredit Foto Sinar Harian

Siasatan lanjut mendapati kereta dipandu suspek turut terbabit dalam dua kemalangan lain di daerah Rembau membabitkan sebuah Toyota Hiace dan Perodua Viva.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Suspek kini ditahan di IPD Melaka Tengah dan permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa.

Pssttt! Kalau dah diarahkan berhenti oleh pihak polis, beri kerjasama dan jangan ambil tindakan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain. Dadah bukan saja rosakkan diri sendiri, tapi boleh mengundang risiko besar kepada orang sekeliling juga, korang.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas