Connect with us

Oh! Media

“Mommy Ada Rasa Kecewa Sebab Nama You Tengah Naik”- Rozie Othman Kongsi Perkembangan Syasya Rizal

Oh! Artis

“Mommy Ada Rasa Kecewa Sebab Nama You Tengah Naik”- Rozie Othman Kongsi Perkembangan Syasya Rizal

Sebelum ini kecoh Syasya berkahwin dengan pilihan hatinya setelah keluar dari kumpulannya Dolla. Namanya kembali jadi tumpuan apabila Rozie Othman tampil luahkan rasa kecewa.

ADVERTISEMENT

Pelakon veteran, Rozie Othman yang juga merupakan nenek kepada Syasya meluahkan kekecewaan dengan cucunya yang membuat keputusan drastik semasa namanya sedang naik.

BACA: “Kami Gembira..” – Anggota Kumpulan Dolla Akhirnya Bersuara Isu Syasya Rizal Keluar ‘Group’

Menurut laporan Melodi, Rozie berkata dia tidak mempunyai jawapan terhadap keputusan yang dibuat oleh cucunya.

Namun, dalam rasa kecewanya, dia juga melafazkan rasa syukur kerana Syasya sudah berhijab.

Ok, mommy dan semua family berlapang dada.

Walaupun mommy ada rasa kecewa sebab nama you tengah naik, you buat keputusan untuk berkahwin. 

@melodiberapi

Rozi Othman nenek kepada bekas kumpulan Dolla iaitu Syasya kecewa keluar dari kumpulan itu dikala namanya tengah naik, tapi takpe yang penting.. semua dah ketentuan yang maha Esa.. semoga syasya maju jaya… #meloditv3 #fypシ゚viral🖤tiktok #ceritaartismalaysia #fypシ #dolla

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Rozie juga menyatakan doanya ketika mengerjakan ibadah umrah buat Syasya telah dimakbulkan Allah.

Saya doa kalau Syasya nak cipta nama, biarlah dia tukar penampilan. Tak seksi, biarlah dia nampak kewanitaan. 

Dia juga memaklumkan Syasya dan suaminya akan melanjutkan pelajaran di luar negara dan difahamkan akan berangkat selepas Hari Raya Aidiladha.

Kepada semua peminat, doalah yang terbaik untuk Syasya sekali.

Terdahulu, semua peminat terkejut dengan keputusan Syasya yang mengundurkan diri daripada Dolla dan tidak lama selepas itu, mengumumkan dirinya sudah berkahwin.

Kredit: TikTok @melodiberapi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas