Connect with us

Oh! Media

Yuna Dilabel Tak Waras Sebab Ini

Yuna ohmedia

Oh! Artis

Yuna Dilabel Tak Waras Sebab Ini

Penyanyi yang menempa nama di persada antarabangsa, Yuna berkongsi pengalamannya apabila dia menyatakan solidariti buat penduduk Palestin yang dibantai rejim zionis pada ketika ini.

Menerusi Instagram, Yuna berkata yang dia dia pernah dilabel gila dan tidak waras gara-gara tindakannya untuk tidak lagi mahu bekerjasama dengan satu jenama antarabangsa pada November 2023 yang lalu.

0aae6f1c d6f4 455c be25 3197cdc3c4fd

Hanya mahu mengatakan bahawa apabila saya memberitahu rakan-rakan di Los Angeles, Kuala Lumpur, saya membuat keputusan untuk berhenti bekerja dengan jenama Z pada November 2023.

Rakan-rakan kata saya gila, ia tak bagus untuk awak, ada di antara mereka malah menukar topik.

Malah, Yuna turut diancam beberapa individu lelaki yang menggangunya dengan mengambil foto dia memakai rantai berbentuk tembikai.

IKLAN

Sebagai manusia, saya tahu saya tak sempurna, kami tak sempurna. Anda tidak fikirkan di sana ada orang yang kehilangan pekerjaan, kehilangan biasiswa, shadowbanned, dan diganggu kerana menentang jen 0 cyde?

Beberapa lelaki mengambil foto saya memakai rantai untuk menakutkan saya. Tetapi anda tak tahu apa yang kanak-kanak di G4za tidak hidup setiap hari.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap dan pendirian penyanyi itu yang tetap teguh menyokong Palestin meskipun menerima ancaman daripada sesetengah individu.

Kredit: Instagram Yuna

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas