Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Kami Gembira..” – Anggota Kumpulan Dolla Akhirnya Bersuara Isu Syasya Rizal Keluar ‘Group’

Keputusan Syasya untuk megundurkan diri dari kumpulannya membuatkan ramai peminat sedih. Lebih mengejutkan, salah satu sebab pengunduran Syasya dari Dolla adalah dia mahu berkahwin.

Ketika sesi bersama media di majlis rumah terbuka Universal Music Malaysia 2024, Dolla akhirnya memberikan respons mengenai pengunduran Syasya Rizal.

IKLAN

BACA: Syasya Undur Diri Dari Dolla Atas Faktor Peribadi

Tiga anggota lain, Sabronzo, Tabby dan Angel meluahkan rasa gembira buat Syasya dan hormat akan keputusannya walaupun populariti berada di puncak.

Tabby juga berkata walaupun mereka sedih apabila banyak perubahan berlaku namun mereka masih kekalkan hubungan baik bersama bekas anggota berkenaan.

Kami bertiga gembira untuk Syasya dan keputusannya untuk berkahwin.

Kami hormat dengan keputusan Syasya.

Sementara itu, pihak Universal Music Malaysia menyatakan pengumuman pengunduran Syasya dibuat sebelum hari raya Aidilfitri disebabkan tiada masa yang sesuai.

Tiada kontrak tidak boleh berkahwin dan kontrak ini tidak dipakai di Malaysia

Mereka juga menegaskan Syasya masih di bawah naungan Universal Music Malaysia walaupun sudah keluar dari kumpulannya.

Untuk rekod, kumpulan Dolla ditubuhkan pada 2019 dengan empat ahli tetap iaitu Angel, Sabrozo, Tabby dan Syasya.

Kredit: Dolla | Universal Music Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas