Connect with us

Oh! Media

”Memang Tidak Ada Sinar” – Adira Hanya Berkawan Baik Dengan Datuk Red

Oh! Artis

”Memang Tidak Ada Sinar” – Adira Hanya Berkawan Baik Dengan Datuk Red

Ha sebelum ini ramai kan yang mendoakan Datuk Red dan bekas isterinya, Adira Suhaimi kembali bersatu semula? Ini penjelasan dari tuan badan.

ADVERTISEMENT

BACA: Datuk Red Akhirnya Bersuara Isu Bekas Isteri, Adira Keluar Rumah Dalam Tempoh Edah

Menerusi laporan mStar, penyanyi tersebut menyatakan dia sudah move on daripada bekas suaminya.

Katanya dia lebih selesa berkawan dan mahu meneruskan hubungan baik demi kebaikan anak-anak.

Jangan cerita mengenai 10 tahun akan datang atau apa tapi buat masa sekarang ini, kalau orang tanya rujuk atau apa… Memang tidak ada sinar.

Kalau kami tidak move on lagi… Tak adalah kami boleh berborak dan bergurau macam sekarang ini.

Adira juga menjelaskan kini dia dan Datuk Red sudah membuat haluan masing-masing.

Waktu edah tak ada yang pelik dia datang rumah ke apa.

Tambahnya, Datuk Red datang ke rumahnya hanya untuk melihat anak-anaknya.

Datuk nak fokus menyelesaikan masalah dia… Saya pula besarkan anak-anak

Buat masa sekarang ni kita doakan baik-baik untuk mereka ni. Manalah tahu satu hari nanti berjodoh semula hehe.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas