Connect with us

Oh! Media

Datuk Red Akhirnya Bersuara Isu Bekas Isteri, Adira Keluar Rumah Dalam Tempoh Edah

datuk red

Oh! Artis

Datuk Red Akhirnya Bersuara Isu Bekas Isteri, Adira Keluar Rumah Dalam Tempoh Edah

Penyanyi, Adira Suhaimi masih dipersoal keluar rumah dalam tempoh edah. Walaupun sudah menjelaskan dirinya perlu keluar untuk bekerja tetapi masih ramai yang mendakwa dia melanggar edah.

ADVERTISEMENT

Disebabkan itu, bekas suami Adira iaitu Datuk Red meminta orang ramai untuk berhenti mengecam bekas isterinya.

Menurut Datuk Red, tujuan Adira keluar ketika tempoh edah itu adalah untuk bekerja dan menyara keluarganya ditambah pula dengan komitmen bulanan yang tinggi.

Datuk Red akui dirinya tidak cukup untuk menampung kos tersebut…

Komitmen bulanan dia memang tinggi. Perlu bayar rumah, kereta, orang gaji dua orang serta tanggungjawab dia dengan maknya di kampung.

Kalau harapkan saya punya jualan dan nafkah memang tak cukup. Jadi, nak tak nak dia kena kerja, dia pun ada syarikat, ada pekerja yang semua mengharapkan pada dia.

Datuk bagaimanapun mengakui perbuatan tersebut salah tetapi menegaskan tindakan Adira adalah untuk mencari rezeki semata-mata. Malah, usahawan ini turut mendedahkan bahawa bekas isterinya sering berkongsi lokasi dengannya jika keluar dari rumah.

Dia keluar rumah walaupun pergi ke kedai depan rumah pun dia akan hantar live location pada saya, dia akan update saya. Niat dia hanya satu, mencari rezeki.

Kalau dia pergi show, habis persembahan dia terus pulang. Dia takkan singgah mana-mana jumpa kawan atau apa.

Untuk pengetahuan korang, pada 23 April lalu Adira telah sah bercerai dengan Datuk Red dengan talak satu dan bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah idah dan mutaah daripada bekas suaminya yang sedang berdepan dengan masalah kawangan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas