Connect with us

Oh! Media

Kenalan Ugut Pelakon Wanita Terkenal Bayar RM86,000 Kalau Tak Nak Video Peribadi Ketika Di Gym Tersebar

Pelakon terkenal

Trending

Kenalan Ugut Pelakon Wanita Terkenal Bayar RM86,000 Kalau Tak Nak Video Peribadi Ketika Di Gym Tersebar

Seorang pelakon wanita terkenal membuat laporan polis selepas diugut kenalannya yang nak sebarkan foto dan video peribadinya. Kawan makan kawan ni!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan News Detik, pelakon itu sebelum ini pernah bagi telefon lamanya dekat kenalan dia itu dan mendakwa mungkin masa itu dia buka balik kandungan video-video serta gambar lama yang dah dipadam.

Wanita itu berkata antara kandungan peribadi yang diperoleh oleh kenalannya itu adalah gambar dia tidak bertudung dan video ketika dia sedang bersenam di gym tanpa menutup aurat.

Bukan tu jer, kenalannya ugut sebanyak RM86,000 agar gambar dan videonya itu tidak tersebar di media sosial. Senang betul buat kerja!

Ugutan itu bukan sahaja kepada saya tetapi keluarga, orang yang dekat dengan saya dan pihak pengurusan turut terkena tempiasnya.

Saya mohon doa orang ramai supaya suspek cepat diberkas.

Kredit: News Detik

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas