Connect with us

Oh! Media

Israel Berminat Jalinkan Hubungan Dengan Malaysia, Indonesia Dan Brunei

Trending

Israel Berminat Jalinkan Hubungan Dengan Malaysia, Indonesia Dan Brunei

Laporan akhbar The Jerusalem Post menyatakan Israel mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengan tiga negara Islam di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.

ADVERTISEMENT

Duta Israel ke Singapura, Sagi Karni, dalam temu bual dengan akhbar berkenaan, berkata peluang itu akan membolehkan regim Yahudi memperbetulkan banyak salah faham berhubung konflik Israel-Palestin.

Majoriti tiga negara Islam di Asia Tenggara ini mengutuk keras serangan 11 hari rejim zionis ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 250 warga Palestin bulan lalu.

Malaysia, Indonesia dan Brunei bersepakat menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) campur tangan bagi menghentikan serangan yang tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin itu.

Sehingga kini, ketiga-tiga negara ini tidak mempunyai sebarang pertalian rasmi dengan Israel dan berulang kali menggesa penjajahan ke atas wilayah Palestin di Tebing Barat dihentikan.

Karni berkata, kritikan pemimpin tiga negara itu ‘tidak jujur’ dan tidak berasaskan keadaan sebenar konflik yang beliau sifatkan sebagai konfrontasi antara Israel dengan Hamas dan bukannya Israel terhadap semua warga Palestin.

“Hamas adalah sebuah pertubuhan anti-Yahudi dan saya tidak tahu berapa ramai individu di media sosial yang benar-benar faham betapa radikal dan fasisnya Hamas,” katanya.

Beliau berkata, satu-satunya cara untuk mempunyai pengaruh besar ke atas apa yang berlaku di Asia Barat adalah dengan mewujudkan hubungan dengan Israel.

“Kami bersedia untuk berbincang dan bertemu, saya tidak fikir pemimpin negara terbabit sukar untuk menghubungi kami,” katanya.

Untuk info, Israel mempunyai kedutaan di negara Asia Tenggara lain seperti Vietnam, Thailand, Myanmar dan Filipina.

Empat negara Arab iaitu Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi bersetuju menjalin hubungan diplomatik dengan Israel di bawah perjanjian yang dikelolakan Amerika Syarikat (AS).

Kredit : BeritaHarian

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu menarik dan yang pasti terkini

Lagi dalam kategori Trending

To Top