Connect with us

Oh! Media

Tanah Runtuh, Jalan Terbelah Dua – Ini Antara Tragedi Yang Berlaku

Trending

Tanah Runtuh, Jalan Terbelah Dua – Ini Antara Tragedi Yang Berlaku

Beberapa hari kebelakangan ini, hujan lebat turun tanpa henti hingga menyebabkan banyak kawasan yang telah dilanda banjir. Johor, Pahang, Terengganu dan banyak negeri lagi yang melaporkan kes banjir di beberapa kawasan di negeri tersebut.

ADVERTISEMENT

Bahkan menurut laporan, setakat jam 4 petang semalam sebanyak 7,070 orang mangsa banjir direkodkan di Johor dan Pahang. Banyak juga kawasan sungai yang dah pun diletakkan pada paras bahaya kerana paras air yang naik disebabkan hujan berterusan. Di media sosial juga, ramai netizen yang berkongsi keadaan teruk di kawasan mereka.

https://twitter.com/khadjahz/status/1345599875807789056
https://twitter.com/farhnaisyh/status/1345587262772236288

Bukan hanya banjir, bahkan semalam beberapa jalan terpaksa ditutup kerana kejadian tanah runtuh. Lebih teruk, ada juga jalan yang rosak teruk sampaikan terbelah dua. Memang takutlah kalau tengok. Antara jalan yang ditutup kerana tanah runtuh ialah jalan Gua Musang-Lojing dan jalan lama Bentong-Raub.

Tanah runtuh juga turut dilaporkan di jalan Bukit Fraser-Raub hingga menyebabkan 13 kenderaan terkandas di antara dua timbunan tanah yang runtuh. Namun menurut Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Buat masa ini, sebilangan besar mangsa sudah dibawa naik semula ke Bukit Fraser dengan bantuan polis dan orang kampung selepas mereka berjalan kaki menyeberangi kawasan yang terhalang dengan tanah runtuh.” – katanya.

2021 baru nak mula, tapi dah macam-macam dugaan yang berlaku. Ohmedia doakan semoga semua mangsa nahas dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan untuk tempuh ujian ini. Kalau boleh yang tak terlibat pun, tak perlulah nak suka-suka keluar. Duduk je dekat rumah. Yelah, bila tengok keadaan macam ni, takut juga benda tak diingini berlaku.


Kredit: Harian Metro, Sinar Harian

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas