Connect with us

Oh! Media

Allahyarham Azza Fahmi Dan Muhamad Syafiq Anggota Ronda Cegah Jenayah, Baru 2 Tahun Berkhidmat

polis

Trending

Allahyarham Azza Fahmi Dan Muhamad Syafiq Anggota Ronda Cegah Jenayah, Baru 2 Tahun Berkhidmat

Awal pagi Jumaat, negara digemparkan dengan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram Johor Bahru oleh seorang lelaki bersenjatakan parang.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Anggota Polis Maut, Seorang Cedera Parah Diserang Lelaki Bertopeng Di Balai Polis Ulu Tiram

Kejadian itu menyebabkan dua anggota bertugas iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said maut akibat ditembak dan ditetak.

polis

Polis Diraja Malaysia dalam satu hantaran di media sosial mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga dua anggota terbabit.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dan Allahyarham Muhamad Syafiq merupakan anggota ronda cegah jenayah di Balai Polis Ulu Tiram dan baru berkhidmat dengan pasukan PDRM lebih kurang dua tahun.

tembak polis

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan motif serangan suspek yang merupakan anggota Jemaah Islamiyah (JI) dipercayai untuk merampas senjata api.

Jelasnya, siasatan mendapati suspek telah membuat persediaan rapi sebelum serangan kerana bersama suspek turut dijumpai beg mengandungi ‘shield’ (perisai), kain dan ‘paper’ untuk bertempur.

Pihak polis telah meminta cawangan khas dapatkan semua anggota JI di Johor utk kenal pasti dan siasat.

Kredit: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas