
Oh! Tidak
‘Abang Wiring’ Buat Solat Taubat Dan Akan Bertanggungjawab Ke Atas Cikgu Fadilah
Guru dan lelaki berstatus suami didenda RM5,000 setiap seorang selepas mengaku cuba berzina
Oh! Cikgu Fadilah. Pendedahan yang viral di media sosial tentang hubungan sulit antara guru wanita dan lelaki berkahwin akhirnya terjawab apabila kedua-duanya tampil mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, semalam.
Tertuduh lelaki, Muhammad Hairul Ezuan Hamzah, 31, seorang juruteknik wiring dan CCTV, merayu agar denda dikurangkan kerana terjejas pendapatan akibat kes itu tular.
Saya harap yang arif beri pengurangan denda. Saya telah buat solat taubat, saya ambil tanggungjawab terhadap Cikgu Fadilah.- Katanya dalam nada sebak.
Cikgu Fadilah mengalirkan air mata, minta pertimbangan kerana ada anak…

Tertuduh kedua, Nur Fadilah Zainal, 31, pula merupakan seorang guru dan ibu tunggal. Dia turut merayu agar diberi pengurangan kerana perlu menyara anak lelaki berusia empat tahun serta ibu bapa yang sakit.
Kedua-duanya dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar, selepas didapati bersalah melakukan percubaan persetubuhan haram di sebuah rumah di Taman Bukit Emas, Alor Gajah, 28 Februari lalu.
Tertuduh kedua merupakan seorang pendidik dan keputusan mahkamah ini akan jadi perhatian. Tertuduh pertama pula seorang suami, namun langgar batas.- Katanya.
Ketua Pendakwa Syarie, Atras Mohamad Zin berhujah agar kedua tertuduh dihukum maksimum sebagai pengajaran kepada masyarakat.
“Kalau hudud, rejam sampai mati”- Pendakwa.

Pendakwa turut menyebut bahawa mengikut hukum syarak, kedua-dua tertuduh tergolong dalam golongan muhsan iaitu pernah berkahwin dan jika hukuman hudud diguna pakai, hukumannya adalah rejam sampai mati.
Kalau kita kembali kepada kedudukan dalam hukum syarak, mereka perlu direjam sampai mati.
Skandal dikatakan bermula apabila lelaki itu menawarkan perkhidmatan pemasangan CCTV di rumah guru berkenaan. Beberapa tangkap layar mesej lucah turut tular, termasuk klip video isteri lelaki bersemuka dengan guru tersebut.

Pssttt! Skandal ini bukan sekadar aib peribadi, tapi tamparan kepada institusi pendidikan dan keluarga. Bila guru jadi watak utama dalam kontroversi seperti ini, masyarakat pasti tersentak. Pengakuan taubat itu satu langkah, tapi kesannya pada maruah dan kehidupan sekeliling tetap besar. Semoga jadi pengajaran buat semua, jangan leka bila syaitan mula main peranan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
