Connect with us

Oh! Media

Datuk Bandar Tegur Golongan B40 – “Orang Gaji Sikit, Jangan Asyik Tambah Anak”

Oh! Negara

Datuk Bandar Tegur Golongan B40 – “Orang Gaji Sikit, Jangan Asyik Tambah Anak”

Teguran panas daripada Datuk Bandar Makassar, Munafri Arifuddin kini jadi bualan apabila beliau bersuara lantang menasihati golongan berpendapatan rendah supaya lebih bijak merancang keluarga dan tidak terus menambah anak tanpa memikirkan soal kewangan.

Perkara itu diluahkan Munafri semasa melawat rumah seorang pelajar Sekolah Rakyat bernama Nayla di Kecamatan Panakukang, Sulawesi Selatan.

IKLAN

Datuk bandar tegur golongan gaji tak cukup, tapi anak ramai…

Munafri meluahkan kebimbangan terhadap realiti yang dihadapi segelintir keluarga miskin yang masih memilih untuk mempunyai ramai anak walaupun pendapatan hanya cukup makan.

Saya sudah tegaskan, kalau si bapa atau si ibu masih bekerja secara tidak tetap, pendapatan pun belum cukup untuk menampung keperluan keluarga sebulan, tolong jangan asyik tambah anak. Gunakan kaedah perancang keluarga.- Katanya.

Beliau menyatakan pendapatan serendah sejuta rupiah sebulan (sekitar RM285) tidak cukup untuk menampung lima orang anak dari segi makan, pakaian dan nutrisi.

Bayangkan, pendapatan hanya sejuta rupiah sebulan, tapi anak lima orang. Bagaimana mahu cukupkan makanan, pakaian dan keperluan nutrisi mereka? Inilah realiti yang kita perlu ubah.- Tegasnya lagi.

Bantuan hanya untuk yang benar-benar layak…

Dalam ucapan sama, Munafri juga mengingatkan agar tiada manipulasi dalam pemilihan penerima bantuan kerajaan. Menurut beliau, kejujuran dalam mengisi maklumat adalah penting untuk memastikan bantuan disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan.

Jangan tipu dalam pengisian data. Jangan pula sampai sanggup ‘memiskinkan’ rumah sendiri demi dapat bantuan. Bantuan ini untuk yang benar-benar memerlukan.- Katanya.

Sekolah Rakyat adalah antara inisiatif kerajaan untuk membantu golongan miskin mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.

Pssttt! Perancangan keluarga bukan soal suka-suka. Ia melibatkan soal tanggungjawab, keperluan dan masa depan anak-anak. Kalau pendapatan masih tidak stabil, mungkin lebih baik fokus untuk membina kewangan kukuh dahulu sebelum tambah tanggungan. Kasih sayang bukan sekadar jumlah anak, tapi sejauh mana kita mampu beri yang terbaik buat mereka.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas