Connect with us

Oh! Media

Apple Dijangka Lancar iPhone 17 Air, Rekaan Sangat Nipis Dan Ringan Buat Ramai Risau!

Ohmedia iphone 17 air

Oh! Geekz

Apple Dijangka Lancar iPhone 17 Air, Rekaan Sangat Nipis Dan Ringan Buat Ramai Risau!

Apple dijangka bakal menggempurkan pasaran dengan model terbaru iaitu iPhone 17 Air, yang dikhabarkan akan hadir dengan rekaan paling nipis dan ringan dalam sejarah iPhone!

Menurut laporan Fuzz.my, iPhone 17 Air dikatakan hanya setebal 5.5mm dan seberat 145 gram sahaja. Fuh, nipis macam keropok!

Bateri kecil? Apple ada plan tersendiri

Iphone 17 Air

Namun, rekaan yang nipis ini datang dengan kompromi pada kapasiti bateri, iaitu hanya 2800mAh, jauh lebih kecil berbanding pesaingnya seperti Samsung Galaxy S25 Edge yang mempunyai 3900mAh.

IKLAN

Tapi Apple bukan biasa-biasa. Mereka dipercayai akan gunakan bateri berketumpatan tinggi yang mampu tingkatkan kapasiti sehingga 15%, dan turut menyertakan fungsi penjimatan bateri berasaskan AI.

Teknologi ini dijangka bantu pengguna maksimumkan jangka hayat bateri walaupun kapasiti kecil.

Rekaan nipis buat ramai bimbang

Iphone 17 Air

Ramai peminat teknologi mula mempersoalkan apa lagi yang dikorbankan demi rekaan nipis ini. Selain bateri, antara kebimbangan lain adalah pada keupayaan kamera, sistem penyejukan dan ketahanan fizikal.

Tapi kalau betul iPhone 17 Air ni jadi realiti, ia mungkin jadi model yang paling bergaya, ringan dan selesa diguna setakat ini!

Pssttt! Teknologi makin canggih, tapi jangan hanya kejar rekaan tanpa fikir praktikaliti. Pilih peranti ikut keperluan, bukan hanya rupa.

Kredit: Fuzz.my
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas