
Oh! Tidak
“Sampai Tudung Pun Dia Nak Tarik!” – Tular Video Boss Kasari Pekerja Wanita
Tular video majikan tarik tudung dan kasar pekerja wanita sampai terjatuh.
Apa kes pula ni Boss?! Satu video yang tular ni cetus kemarahan ramai apabila seorang wanita dipercayai dikasari oleh majikannya sendiri di tempat kerja.
Rakaman yang dimuat naik di aplikasi X itu menunjukkan majikan tersebut meluru ke arah pekerjanya dan cuba memukul berkali-kali. Dalam keadaan tegang itu, majikannya dilihat menarik tudung wanita tersebut dan mengasarinya secara fizikal di hadapan rakan sekerja lain.
Situasi jadi makin buruk bila pekerja tu cuba pertahankan diri daripada tindakan baran majikan tu.
Pekerja buat laporan polis ke atas Boss!
Mangsa yang dikenali sebagai Safwah dipercayai telah membuat laporan polis selepas insiden itu. Menurut laporan, majikannya menuduh dia hilangkan dokumen sekolah yang sebenarnya tak pernah diterima pun.
Dalam laporan polis yang sama, mangsa memaklumkan bahawa majikannya bertindak kasar dengan menarik bajunya dan menghalaunya keluar dari pejabat.
Malah, majikan itu juga didakwa menyentuh bahu dan lehernya serta menarik tangan mangsa bagi memaksanya bangun dari meja.

Ruangan komen dibanjiri rasa marah netizen yang tak boleh terima tindakan sebegini, apatah lagi terhadap wanita. Menariknya, seorang individu dipercayai peguam turut tawar diri nak bantu mangsa.
Pssttt! Majikan bukan tiket untuk berlagak kuasa. Bila seseorang bekerja, mereka patut dilayan dengan hormat, bukan dikasari depan orang ramai. Ohmedia puji keberanian Safwah buat laporan. Semoga keadilan berpihak kepada yang benar, dan mangsa diberi perlindungan sewajarnya.
Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
