
Oh! Artis
One Piece Live-Action S2 Akhirnya Tunjuk Rupa Chopper
Netflix umum watak Chopper dalam One Piece Live-Action Musim Kedua dengan tarikh tayangan 2026.
Ramai yang ternanti-nanti kemunculan Chopper dalam versi live-action One Piece, dan akhirnya teka-teki itu terjawab! Netflix mengumumkan bahawa pelakon Beef dan Guardians of the Galaxy Vol. 3, Hoover, akan membawakan watak Tony Tony Chopper.
Doktor separuh manusia separuh rusa yang comel dan genius ini akan muncul dalam musim kedua yang dijadualkan tayang pada tahun 2026.
Akan tunjukkan pengembaraan Luffy dan krew topi jerami bertemu Tony Tony Chopper…

Chopper bukan sahaja akan ditampilkan sebagai CGI, tetapi Hoover juga turut bertanggungjawab dalam pergerakan wajah (facial capture) watak tersebut.
Ini menjadikan Chopper bukan sekadar karakter tambahan, malah salah satu kunci penting dalam pengembaraan baharu Luffy dan rakan-rakan.
Pelakon asal musim pertama seperti Iñaki Godoy (Luffy), Mackenyu (Zoro), Emily Rudd (Nami), Jacob Romero (Usopp), dan Taz Skylar (Sanji) akan kembali memegang peranan masing-masing.

Barisan pelakon baharu tambah warna cerita…


Netflix turut memperkenalkan ramai watak baharu yang akan muncul dalam musim kedua. Antaranya Charithra Chandran sebagai Miss Wednesday, Joe Manganiello sebagai Mr. 0, Katey Sagal sebagai Dr. Kureha, Lera Abova sebagai Miss All Sunday dan David Dastmalchian sebagai Mr. 3.
Turut menyertai barisan pelakon ialah Mark Harelik, Sophia Anne Caruso, Sendhil Ramamurthy, Callum Kerr, Julia Rehwald dan ramai lagi.
Setakat ini, Netflix masih belum mengumumkan tarikh rasmi tayangan musim kedua, namun telah mengesahkan ia bakal menemui peminat pada tahun 2026.

Pssttt! Peminat anime dan manga perlu sentiasa bersabar dan terbuka dengan adaptasi live-action kerana ia memberi peluang kepada generasi baharu untuk mengenali karya klasik ini. Dengan teknologi moden dan pelakon berbakat, siapa tahu musim kedua One Piece bakal jadi antara adaptasi terbaik pernah dihasilkan?
Kredit: Netflix
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
