
Oh! Artis
“14 Tahun Kawan, Yes I Do Love Her” – Anas Zahrin Dan Cik Epal
Anas Zahrin nafi dakwaan hubungan dengan Cik Epal hanya gimik produk.
Makin hangat diperkatakan! Hubungan antara usahawan Anas Zahrin dan personaliti media sosial, Cik Epal, terus jadi perhatian netizen. Ada yang tertanya-tanya, betul ke mereka ni serius atau sekadar gimik pelancaran produk?
Netizen juga mula berharap hubungan mereka ini bukan sekadar permainan marketing. Siap ada yang ugut nak block kalau semua ni hanya lakonan.
Cik Epal dengan Anas ni kalau gimik semata-mata nak launch produk, sumpah eh pasni aku nak block semua tak nak amik tahu dah.- Kata salah seorang netizen.
Anas tampil buat pengakuan, “I Do Love Her”

Tak berdiam diri, Anas terus menjawab spekulasi tu secara jujur. Katanya, dia tak rancang nak lancar apa-apa produk dengan Cik Epal dan tak perlukan gimik pun untuk lariskan jualan.
Saya tak ada nak launch apa-apa dengan dia untuk waktu terdekat, kalau nak launch lama dari awal dah, saya boleh je live jual sendiri. 14 tahun kami kawan yes, i do love her.
Walaupun ramai yang sokong, ada juga yang minta semua pihak supaya jangan terlalu beri harapan. Kalau tak jadi, nanti kecewa pula.

Guys just hormat je privacy Cik Epal. Don’t rush things, jangan terlampau berharap jodoh dengan korang pilih tu nanti kalau tak jadi kecewa.
Anas memang baik dengan semua kawan dia, tak payah kenen-kenen kalau jodoh dia orang tak kemana.
Untuk rekod, Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam, mengejutkan ramai apabila mengesahkan perceraian selepas lebih 10 tahun bersama. Jofliam pula baru-baru ini dikhabarkan sudah bernikah dengan bekas pekerjanya, Dewi.
Pssttt! Kadang-kadang netizen ni lebih ‘over’ dari yang bercinta. Benda belum pasti, dah macam nak kenduri. Apa pun, kalau betul jodoh Anas dan Cik Epal, kita doakan yang terbaik. Tapi kalau sekadar kawan, hormatilah ruang dan privasi masing-masing. Cinta tak perlu dipaksa, dan jodoh tak perlu digesa.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
