
Trending
David Beckham ‘Sekolahkan’ Amad Diallo Tunjuk Jari Tengah Dekat Malaysia
David Beckham kecewa dengan tindakan biadab pemain Man United di Malaysia. Isyarat lucah kepada peminat cetus kemarahan!
Bekas bintang Manchester United, David Beckham menegur perbuatan Amad Diallo dan Alejandro Garnacho ketika jelajah pasukan itu ke Malaysia minggu lepas.
Dua pemain muda itu didakwa bertindak biadab terhadap peminat selepas kekalahan 0-1 kepada ASEAN All-Stars.
Menurut laporan Kosmo, Beckham jelas kecewa dan menyelar sikap tidak profesional mereka dalam satu sesi temu ramah.
Saya merasakan banyak perkara yang tidak boleh diterima sebagai penyokong Manchester United… kebanyakan mereka bersikap kurang wajar terhadap peminat.
Tunjuk isyarat lucah, tak rasa bersalah?

Difahamkan, susulan kekalahan tersebut, Garnacho dilihat menunjukkan isyarat jari tengah, manakala Diallo juga membuat isyarat serupa, malah tidak menunjukkan sebarang rasa kesal terhadap tindakan itu.
Perkara ini sememangnya mengundang kemarahan ramai peminat, lebih-lebih lagi mereka yang hadir menyokong secara langsung di stadium.
“Mereka tak faham erti pakai jersi United” – David Beckham

Bagi Beckham, insiden ini sangat mengecewakan kerana ia tidak mencerminkan nilai dan maruah kelab yang pernah dibanggakannya suatu ketika dahulu.
Kami dahulu sentiasa menghormati peminat tidak kira di mana kami pergi. Pemain sekarang tidak lagi faham erti bermain untuk Manchester United.
Beliau turut menekankan bahawa sikap dan adab di luar padang sama penting dengan prestasi di atas padang, lebih-lebih lagi apabila membawa nama kelab gergasi seperti Manchester United.
