Connect with us

Oh! Media

“Jangan Terlalu Selesa” – Amir Raja Lawak Nasihatkan Mamat Sepah

Ohmedia mamat Sepah

Oh! Artis

“Jangan Terlalu Selesa” – Amir Raja Lawak Nasihatkan Mamat Sepah

Baru-baru ini, Mamat Sepah menerima kecaman ramai gara-gara mencelah ketika pendakwah Ustaz Syamsul Debat sedang bercakap.

BACA: Mamat Sepah Mohon Maaf Kepada Ustaz Syamsul Debat 

Mamat bagaimanapun sudah tampil dengan satu permohonan maaf kepada Ustaz Syamsul sendiri berkaitan isu tular itu.

IKLAN

Amir tegur Mamat supaya berhati-hati

Rakan baik Mamat iaitu Amir Raja Lawak rupa-rupanya turut tampil menasihati Mamat supaya berhati-hati.

Mamat Sepah

Amir turut menegaskan bahawa tiada orang lain yang layak merampas tempat Mamat dalam podcast yang dimaksudkan.

Dia menyarankan agar Mamat terus polish kemahiran dan sentiasa waspada sebab orang di luar sana sentiasa tunggu peluang untuk jatuhkan.

Amir minta netizen tak terus hentam Mamat

Mamat Sepah

Dalam masa yang sama, Amir turut menegur tindakan segelintir pihak yang terus mengungkit dan memperlekehkan Mamat selepas isu tular baru-baru ini.

Menurut Amir, setiap manusia tak lari dari ujian dan kesilapan, dan apa yang berlaku pada Mamat mungkin adalah cara Allah ‘mengejutkan’ hambaNya dari zon selesa.

Amir turut mengingatkan orang ramai agar jangan terlalu mudah menghukum, sebab roda kehidupan ni sentiasa berputar.

Pssttt! Bagus betul sahabat macam Amir ni kan? Nampak benda tak kena terus tegur dan beri semangat.

Kredit: Facebook Amir Raja Lawak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas