Oh! Artis
“Janganlah Menipu Awak Tu Ustaz Kan” – Pelakon Era 90-an Dedah Suami Poligami Tanpa Izin
Nampaknya, kisah rumah tangga melibatkan pendakwah dan penceramah motivasi, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar dan bekas isterinya, pelakon popular era 90-an Farisha Irwayu semakin hangat diperkatakan.
BACA: Bekas Suami Dedah Punca Sebenar Cerai Pelakon Era 90-an – “Isteri Enggan Tidur Bersama, Alasan Geli
Selepas Tuan Asmawi mendakwa terpaksa tidur di ruang tamu dan tidak dilayani seperti suami, Farisha tampil menceritakan hal sebenar yang berlaku dalam perkahwinan mereka.
Tak diberitahu, tak diberi pilihan

Memetik laporan Harian Metro, Farisha mendedahkan bahawa segala perubahan layanan itu berlaku selepas dia mengetahui bekas suaminya telah bernikah lagi di Thailand tanpa pengetahuannya.
Katanya, perkara itu terbongkar ketika Aidilfitri yang lalu selepas diberitahu oleh rakan-rakan.
Saya baru dapat tahu Aidilfitri lalu. Kawan-kawan beritahu, suami saya dah kahwin lain dan tanya saya tahukah? Saya jawab tak tahu pun. Patutlah tak balik rumah, sebulan balik, sekejap balik, sekejap tak balik.
Menurut Farisha, dia dan Tuan Asmawi sudah lama tidak berkomunikasi sebagai suami isteri, malah segala keputusan dibuat tanpa berbincang.
Bekas suaminya juga tidak meminta izin untuk berpoligami, malah perkahwinan barunya diketahui melalui kawan-kawan dan keluarga sendiri.
Kahwin, tapi masing-masing macam buat hal sendiri. Dia kahwin lain pun tak minta izin dengan saya. Tak ada minta izin nak berpoligami.
Pelakon ini secara jujur berkata enggan berkongsi suami dan mahu perkahwinan berakhir dengan baik memandangkan suaminya sudah ada orang lain.
Tidak pernah paksa bercerai

Farisha turut menafikan dakwaan kononnya dia memaksa Tuan Asmawi menceraikannya. Sebaliknya, dia berkata mereka berbincang secara baik dan bekas suaminya sendiri bersetuju untuk melepaskan.
Dia tak banyak cakap, dia tahu dia salah agaknya. Jadi dia kata okey sajalah. Tak timbul isu macam dia cakap saya paksa dia bercerai. Tak ada.
Farisha juga menegaskan dia tidak pernah bercakap kasar dan hanya mahu semuanya diselesaikan dengan cara yang baik.
Saya undur diri. Saya okey saja. Lagipun kita tak ‘happy’ hidup bersama. Awak ambil semuanya. Saya tak kisah, awak bahagialah dengan isteri baru awak.
Berkenaan isu perkongsian status perceraiannya di media sosial, Farisha menjelaskan dia bukan berniat untuk membuka aib sesiapa.
Sebaliknya, sebagai figura awam, dia mahu elakkan sebarang fitnah yang boleh timbul jika dia dilihat bersama lelaki lain di masa depan.
Pssttt! Bila dah bercerai macam-macam cerita pula timbul kan. Semoga baik-baik je.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM