Connect with us

Oh! Media

Kedai Roti Popular Jawab Dakwaan Guna Alkohol, Tiada Sijil Halal

Ohmedia kedai Roti Lavender

Oh! Islam

Kedai Roti Popular Jawab Dakwaan Guna Alkohol, Tiada Sijil Halal

Lavender Bakery tepis dakwaan guna bahan tidak halal dalam ramuan.

Kedai roti popular, Lavender Bakery tiba-tiba menjadi bualan hangat netizen selepas timbul pertikaian mengenai status Halal premis itu.

Lebih buruk lagi, ada netizen mendakwa premis itu menggunakan alkohol dalam sesetengah ramuan mereka. Biar betul?

Lavender nafi guna alkohol

Tak tunggu lama, pihak pengurusan Lavender tampil keluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab persoalan dan kekeliruan ramai.

IKLAN

Pihak syarikat menafikan sekerasnya penggunaan bahan beralkohol dalam produk mereka, sambil mengulangi polisi ketat mereka iaitu: “No Pork, No Lard, No Alcohol.”

“Kami tak ada sijil Halal, tapi guna bahan dari pembekal yang ada sijil Halal”

Syarikat bagaimanapun mengaku tidak mempunyai pensijilan Halal daripada pihak berkuasa dan tidak pernah mendakwa diri mereka sebagai premis yang memiliki sijil tersebut.

Lavender Bakery tidak mempunyai pensijilan Halal, dan kami tidak pernah mewakili diri kami sebagai premis yang mempunyai sijil Halal.

Namun begitu, mereka memberi jaminan bahawa semua bahan yang digunakan termasuk mentega, minyak, keju dan sosej diperoleh daripada pembekal yang mempunyai pengesahan Halal.

Kedai Lavender

Lavender juga menegaskan bahawa mereka mengamalkan sistem pengurusan HACCP dan menitikberatkan kebersihan serta kualiti bahan mentah dalam operasi harian mereka.

Dalam kenyataan yang sama, pihak Lavender memaklumkan mereka terbuka untuk mempertimbangkan cadangan memohon pengiktirafan Halal melalui saluran rasmi iaitu JAKIM.

Akan pertimbang mohon sijil Halal JAKIM

Kedai Kek
Lavender

Segala maklum balas pelanggan katanya akan dipertimbangkan dengan teliti bagi meningkatkan kepercayaan terhadap produk mereka.

Pssttt! Harap penjelasan ni dapat menjawab kekeliruan orang ramai. Lepas ni boleh lah membeli tanpa was was kalau yakin halal.

Kredit: Facebook Lavender Bakery Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas