
Oh! Artis
Ojen Aiwah Rugi RM246K, Jadi Mangsa Penipuan Personal Shopper
Ojen Aiwah rugi RM246K selepas ditipu oleh personal shopper menggunakan resit palsu.
Dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar, kisah usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojen Aiwah ini benar-benar mengejutkan ramai.
Ojen mendakwa dirinya ditipu hampir suku juta ringgit oleh seorang wanita yang menawarkan khidmat sebagai personal shopper untuk perniagaan kunafah miliknya.
Lebih 200 resit palsu digunakan, bekas kakitangan bank terbabit?

Menurut Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli, wanita berusia 35 tahun itu menggunakan taktik penipuan yang sangat licik apabila menyunting dan menghantar lebih 200 resit palsu yang kelihatan seakan asli.
Setakat ini, wanita dari Sabah berusia 35 tahun itu menipu sebanyak RM246,611 menggunakan resit palsu, salah laku menukar dan menyunting resit palsu (CIMB dan Maybank).- Katanya.
Difahamkan, wanita terbabit merupakan bekas kakitangan bank yang kini telah diberhentikan kerja. Taktik yang digunakan amat meyakinkan sehingga menyebabkan Ojen kerugian besar dalam urusan bisnesnya.
Ojen mahu keadilan ditegakkan, tak mahu lagi mangsa baharu…

Dalam satu video di Instagram, Ojen dilihat bersemuka dengan wanita tersebut dan menyatakan hasratnya untuk memastikan pesalah itu diheret ke muka pengadilan.
Terus terang semalam saya dah hilang sabar sebab saya dan kakitangan penat berniaga, nak patah tulang belakang bakar kunafah.
Namun saya pasti Allah akan bantu. Tapi saya tidak akan lepaskan wanita ini sewenang-wenangnya.
Meskipun sebanyak RM69,300 telah dipulangkan, Ojen menegaskan fokusnya kini adalah untuk memastikan wanita tersebut dipenjara sebagai pengajaran buat penipu lain.
Saya dah tak hairan fasal duit dah. Yang penting saya nak dia ke lokap dan kena bagi pengajaran.
Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Kinabalu, Sabah dan kes ini kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Pssttt! Buat para peniaga di luar sana, ambil pengajaran dari kisah ini. Jangan mudah percaya walaupun urus niaga kelihatan profesional. Sentiasa semak dan simpan bukti transaksi. Keselamatan bisnes lebih penting daripada kepercayaan membuta tuli.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
