
Oh! Tidak
Wanita Ini Hanya Terima RM3.30 Sebulan, Mahkamah Tolak Rayuan Nafkah RM8,000
Wanita gagal tuntut nafkah RM8,000 daripada bekas suami, hanya diberi RM3.30 sebulan.
Hasrat seorang wanita untuk mendapatkan nafkah bulanan RM8,258 daripada bekas suami musnah apabila Mahkamah Tinggi menolak rayuannya. Lebih mengejutkan, dia hanya menerima nafkah simbolik sebanyak RM3.30 sebulan!
Wanita berusia 39 tahun itu sebelum ini memohon nafkah sebanyak 2,500 dolar Singapura sebulan (RM8,258) daripada bekas suaminya yang merupakan tentera tetap di Angkatan Bersenjata Singapura dan bergaji bersih RM17,216 sebulan.
Namun, hakim memutuskan untuk mengekalkan keputusan terdahulu iaitu bayaran nafkah hanya SGD1 (RM3.30) sebulan, satu jumlah simbolik yang membolehkan wanita itu menuntut semula sokongan kewangan di masa hadapan jika perlu.
Tuntutan nafkah ditolak tapi terima pembahagian harta…

Bagaimanapun, hakim meningkatkan peratusan hak milik wanita itu terhadap flat harta sepencarian daripada 20% kepada 25%, selain dianugerahkan lebih SGD52,000 (RM171,760) daripada aset perkahwinan mereka.
Hakim memutuskan wanita tersebut mampu berdikari dengan pendapatannya sendiri sebanyak SGD2,340 (RM7,729) sebulan dan telah mendapat bahagian yang adil daripada harta perkahwinan.
Difahamkan, pasangan itu memiliki seorang anak perempuan berusia 12 tahun yang kini tinggal bersama bapa. Wanita itu perlu membayar nafkah anak sebanyak SGD327 (RM1,080) sebulan.
Pssttt! Setiap pasangan yang berpisah perlu bersikap adil dan rasional. Jika seseorang itu mampu berdikari, tuntutan nafkah yang berlebihan hanya akan merumitkan keadaan. Dalam masa sama, mahkamah tetap menjaga kebajikan melalui pampasan aset dan hak masa depan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
