Connect with us

Oh! Media

Wanita Ditinggalkan Ditepi Jalan, Selepas Lelaki Pura-Pura Jadi Pelanggan Larikan Kereta

Trending

Wanita Ditinggalkan Ditepi Jalan, Selepas Lelaki Pura-Pura Jadi Pelanggan Larikan Kereta

Seorang lelaki dilaporkan telah membawa lari sebuah kereta pandu uji jenis Perodua Axia dalam satu kejadian yang berlaku di persimpangan Jalan Kampar ke Jalan Sultan Nazrin Shah pada Isnin lepas.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang itu terjadi selepas suspek dikatakan berpura-pura menjadi pelanggan di sebuah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Kampar dan mahu memandu uji salah sebuah kereta di situ.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek telah memandu uji kereta itu dengan ditemani seorang pembantu jualan wanita yang duduk di kerusi penumpang bahagian belakang.

Menurutnya, semasa memandu, kenderaan itu telah juga sempat berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen dekat Jalan Sultan Iskandar.

Semasa melalui persimpangan Jalan Kampar ke Jalan Sultan Nazrin Shah, lelaki itu telah memberhentikan kereta dan meminta pekerja wanita itu pula memandu.

Namun semasa pembantu jualan mahu turun dari kereta, lelaki terbabit bertindak memecut laju melarikan kenderaan berkenaan dan meninggalkan wanita itu di tepi jalan. – Katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman percakapan wanita itu, suspek yang pada mulanya datang ke premis itu memberitahu dia mahu membeli kereta Perodua Myvi.

Namun, kereta model itu tiada dan suspek kemudiannya ditunjukkan pula kereta Perodua Axia keluaran 2016 berwarna biru.

Wanita itu yang tidak mencatatkan sebarang butiran suspek telah bersetuju untuk membuat pandu uji kenderaan berkenaan.

Pengecaman wajah suspek tidak dapat dibuat kerana memakai pelitup muka, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun keseksaan. – Katanya.

Aduhhh, memang licik orang zaman sekarang ni. Silap-silap pekerja tu yang kena buang kerja nanti. Semoga pencarian suspek dipermudahkan.

Kredit: Sinar

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas