Connect with us

Oh! Media

Wanita Dedah Kisah Seram Di Sebuah Bilik Mayat

Trending

Wanita Dedah Kisah Seram Di Sebuah Bilik Mayat

Setiap mahluk manusia yang meninggalkan dunia, kebanyakkan mereka akan ditempatkan ke dalam bilik mayat jika tiada sebarang tuntutan dari waris yang terdekat. Banyak juga kes berkaitan gangguan yang diterima oleh pihak hospital lebih-lebih lagi staff yang terlibat di dalam bahagian menjaga milik mayat.

ADVERTISEMENT

Sebuah kisah telah dikongsikan oleh seorang jururawat yang dikenali sebagai Siti Fazilah yang mana beliau pernah menerima gangguan daripada mahluk halus itu.

Kejadian berlaku ketika dia menerima panggilan daripada jururawat di tingkat tiga yang meminta Fazilah untuk menghidupkan suis peti sejuk mayat oleh kerana ada jenazah yang akan disimpan di sana.

Gambar sekadar hiasan

Jam ketika itu menunjukkan pukul 1 pagi dan dia sempat bertanya berkaitan maklumat tentang jenazah agar memudahkan urusan menguruskan barang-barang yang diperlukan.

Sementara menunggu mayat turun, saya ambil keputusan untuk duduk di dalam bilik tersebut dan membelek beberapa helaian kertas dan fail yang terdapat di atas meja.

Sesekali saya menjeling ke arah peti sejuk simpanan mayat untuk melihat suhu sama ada ia sudah mencapai kadar sejuk yang diperlukan atau pun belum.

Tidak lama kemudian, pintu bilik mayat tersebut terbuka dan dia meihat rakannya, Sarah yang merupakan jururawat di tingkat 4 muncul dan duduk dan duduk di kerusi berdekatan Fazilah sedang berdiri.

Sarah kelihatan penat. Saya tak mahu kacau dia sebab tengah sibuk menyusun dokumen-dokumen di atas meja.

Dalam masa itu, Fazilah terfikir tentang kedatangan Sarah di bilik mayat itu. Tetapi dia mungkin mengingati bahawa pihak atasan menyuruh Sarah untuk turun oleh sebab kekurangan staff.

Mayat yang ingin didatangkan ke bilik mayat masih tidak kunjung tiba walaupun jam sudah menunjukkan jam 2 pagi. Fazilah melihat Sarah sudah tidur kemungkinan terlalu penat.

Ketika saya sibuk mengemas semua dokumen, tiba-tiba sehelai kertas jatuh ke atas lantai berdekatan dengan kaki Sarah. Apabila saya tunduk untuk mengutip kertas itu, saya terkejut melihat kakinya yang kelihatan pucat dan kebiru-biruan.

Saya cukup kenal dengan kaki jenis itu… rasa seram terus menyelubungi diri saya kerana mengetahui itu bukan rakan saya Sarah tetapi makhluk menyerupainya yang cuba menakut-nakutkan saya.

Fazilah tidak terus mengelabah, sebaliknya terus bertindak seperti tiada apa yang berlaku.

Selepas itu, jururawat dari tingkat 3 menghubungi Fazilah untuk memaklumkan mayat tersebut tidak jadi untuk dihantar ke bilik mayat kerana ada keluarga yang telah menuntutnya.

Sejurus talian telefon dimatikan, kelibat Sarah sudah tiada dan seperti biasa ia adalah gangguan.

Berpengalaman 10 tahun berkhidmat sebagai petugas di bilik mayat, ramai yang akan memberi reaksi terkejut apabila diberitahu tentang kerjayanya itu dan ada juga yang bertanya kepada Fazilah sama ada dia takut atau pernah mengalami pengalaman seram ketika bertugas.

Mula-mula dahulu, memang saya rasa takut dan gementar setiap kali ada mayat baharu yang tidak dituntut dan perlu disimpan di dalam peti sejuk

Pekerja-pekerja yang lama bertugas di sini juga pernah merasai gangguan yang lebih menyeramkan, tetapi ia adalah sebahagian daripada tugas di bilik mayat itu.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas