Connect with us

Oh! Media

Tegur Pakaian Misi Ketat, Kesatuan Jururawat Bidas Ahli Parlimen PAS

ketat

Trending

Tegur Pakaian Misi Ketat, Kesatuan Jururawat Bidas Ahli Parlimen PAS

Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor ketika membahaskan kertas putih mengenai reformasi kesihatan awam mengulas mengenai pakaian jururawat yang dikatakan ketat mengikut acuan Barat.

ADVERTISEMENT

Menurutnya, pakaian yang ketat menampakkan bentuk badan jelas sekali tak mengikut syariat dan beliau memohon kementerian meneliti semula etika pemakaian di fasiliti kesihatan kerajaan.

Tapi nampaknya pandangan itu mendapat reaksi berbeza daripada kesatuan jururawat. Memetik laporan Free Malaysia Today, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata tindakan Ahli Parlimen itu memalukan kerana lebih kisah mengenai pakaian berbanding kemampanan sistem kesihatan negara.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Jururawat Malaya, Nor Hayati Abd Rashid pula berkata, pakaian seragam jururawat direka untuk memudahkan menjalani tugas dan mereka perlu bergerak pantas.

Pakaian itu adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana tak boleh terlalu ketat dan labuh baju mestilah melebihi punggung.

Penyelia jururawat juga akan sentiasa memantau pakaian seragam dan menegur jika seragam dirasakan ketat.

baju ketat

Isu ini turut menjadi perdebatan dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tak bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Kuantan itu. Apa pendapat korang pula?

Kredit: Free Malaysia Today

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas