Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Kau Libatkan Arwah Isteri Aku Siti Sarah?” – Shuib Hilang Sabar, Beri 24 Jam Kepada Penfitnah

shuib

Oh! Artis

“Kenapa Kau Libatkan Arwah Isteri Aku Siti Sarah?” – Shuib Hilang Sabar, Beri 24 Jam Kepada Penfitnah

Usahawan, pelawak dan penyampai radio Shuib hilang sabar apabila ada pihak memetik nama arwah isterinya, Siti Sarah dengan fitnah yang tak betul.

ADVERTISEMENT

BACA: Shuib Dituduh Ahli Organisasi ‘F’ Konspirasi Vaksin, Berkait Dengan Arwah Siti Sarah Ditidurkan?

Menerusi satu hantaran di Instagram, Shuib memberi masa selama 24 jam kepada individu itu untuk tampil bersemuka dengannya.

Shuib juga dipercayai telah mengambil tindakan undang-undang melalui peguam yang dilantiknya.

Shuib beri 24 jam untuk bersemuka

Beberapa hari bersabar dengan tuduhan yang dilemparkan, Shuib mempersoalkan mengapa individu itu melibatkan arwah isterinya.

Freemason apa? Apa yang kau tahu? Meh cakap depan-depan aku.

Di ruangan komen perkongsian, para pengikut termasuk rakan selebriti mengutuk kenyataan fitnah yang melampau itu.

Mereka menasihati netizen supaya tak sewenangnya melemparkan fitnah yang memburukkan nama individu lain.

Kredit: Instagram Shuib Sepahtu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas