Connect with us

Oh! Media

Wanita Berdepan Detik Cemas, Diganggu Dua Lelaki Psiko Ketika Sedang Riadah

Trending

Wanita Berdepan Detik Cemas, Diganggu Dua Lelaki Psiko Ketika Sedang Riadah

Baru-baru ini, aktiviti sukan dan riadah telah dibenarkan tanpa sentuhan fizikal dan berkumpulan kepada individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Diserang Di Kawasan Parkir Cemas, Apabila Lelaki Cuba Buka Seluar

Aktiviti yang dibenarkan termasuklah jogging, senaman, taichi, berbasikal dan memancing bagi memastikan kesihatan minda dan fizikal terjamin.

Sejak dari itu, masyarakat mula menggunakan peluang tersebut bagi melepaskan rindu untuk melakukan aktiviti sukan setelah sekian lama menunggu.

Diganggu lelaki psiko ketika riadah

Namun, terdapat kejadian yang mana dua pelajar wanita yang sedang melakukan aktiviti riadah telah berdepan detik cemas selepas mereka diganggu dua lelaki psiko.

Perkara itu dikongsikan oleh salah seorang mangsa yang dikenali sebagai @nrkhaizatulll di aplikasi TikTok memaparkan detik mereka diganggu.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mereka sedang duduk di sebuah meja awam selepas melakukan aktiviti riadah sebelum didatangi seorang lelaki.

Lelaki tersebut mula beredar namun kembali dengan seorang rakannya yang menaiki motosikal sebelum kembali menganggu mereka berdua.

Lelaki tersebut dilihat turut meminta nombor telefon serta alamat rumahnya selain tidak mahu beredar dari kawasan berkenaan walaupun sudah diusir.

https://www.tiktok.com/@nrkhaizatulll/video/7004044286601841947?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6993220371899008514

Tengah seronok merakam tiba-tiba ada orang datang kacau kami, mereka siap tanya alamat rumah, sumpah rasa takut sebab mereka psiko.

Menurutnya lagi, dua lelaki tersebut kemudiannya beredar tidak lama kemudian dari kawasan tersebut, namun dilihat masih menunggu di luar taman.

Mereka turut diekori lelaki tersebut serta terpaksa memecut motosikal dengan laju ketika mahu pulang ke rumah.

Netizen gesa lapor polis

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kecaman terhadap individu tersebut selain turut menggesa mereka untuk membuat laporan polis.

Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah meraih lebih daripada 1.8 juta tontonan serta 250,00 tanda suka.

Susulan kejadian itu, pelajar tersebut dilaporkan telah membuat laporan polis selepas mendapat nasihat daripada orang ramai susulan kejadian itu.

Kredit: TikTok @nrkhaizatulll

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas