Connect with us

Oh! Media

Seminggu Beraya Di Kampung, Ibu Kesal Anak Autisme ADHD Selalu Kena Marah Dan Kena Jeling

autisme

Trending

Seminggu Beraya Di Kampung, Ibu Kesal Anak Autisme ADHD Selalu Kena Marah Dan Kena Jeling

Hari raya Aidilfitri sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan. Waktu inilah adik beradik dan sanak saudara berpeluang untuk berkumpul sambil mengeratkan lagi silaturahim.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Berhenti Kerja Fokus Jaga Anak Autisme, Kini Anak Bergelar Pelukis Dan Diiktiraf Dunia

Tetapi lain pula yang jadi apabila seorang anak autistik ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) dimarahi sepanjang seminggu beraya di kampung.

Si ibu yang dikenali sebagai Nabila meluahkan rasa kecewa menyatakan anaknya juga berhak beraya seperti kanak-kanak yang lain.

@bellburn Anak syurga ibu.. bersabarlah kita ok.. "anak ibu pon berhak raya mcm orang" #anaksyurgaraya #raya #autismberaya #autism #autismacceptance #SlowZoom ♬ Very Sad – Enchan

Difahamkan, anaknya sering diperli, dihalau serta dipandang dengan jelingan oleh sanak saudara yang tidak senang dengan kehadiran kanak-kanak itu.

Anak saya memang dari 2 tahun dah diagnosis autisme ADHD. Anak saya budak naik je. Cuma dia tak diam. Anak saya happy person. Mengamuk tidak, menyusahkan pun tidak. Dia tak diam sesaat buat orang penat tengok dan rimas.

Jelas wanita ini lagi, anaknya memang suka balik ke kampung kerana bebas bermain memandangkan mereka tinggal di apartment.

@bellburn KOMEN MURNI MURNI 💕 #autism #adhd ♬ bunyi asal – Lagu Perayaan #aimansinar – Lagu Raya (rare) #aimansinar

Meskipun autistik, anaknya bukan jenis mengamuk dan membuat bising. Namun, karenah anaknya yang terlalu aktif sukar difahami sanak saudara yang lain.

Kredit: TikTok @bellburn

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas