Connect with us

Oh! Media

Datuk Red Mahu Cari Kerja Bukan Minta Sedekah, Mengaku Raih Puluhan Ribu ‘Live’ Di TikTok

datuk red

Trending

Datuk Red Mahu Cari Kerja Bukan Minta Sedekah, Mengaku Raih Puluhan Ribu ‘Live’ Di TikTok

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adenan Abu mengaku meraih pendapatan lumayan hasil sumbangan ‘gift’ atau coin daripada pengikutnya di TikTok.

ADVERTISEMENT

BACA: Azlee Senario Bayar Kereta Dan Rumah Guna ‘Gift’ TikTok, Raih Sehingga RM15,000 Sebulan

Namun, bekas usahawan ini tidak mahu dianggap meminta sumbangan daripada orang ramai. Tujuan sebenarnya keluar daripada ‘kepompong’ adalah untuk mencari pekerjaan.

datuk red

Suami kepada penyanyi Adira dan Sharifah Norshafila ini berhasrat untuk bangkit dengan cara bermaruah iaitu berniaga secara kecil-kecilan.

Sebelum saya buat live pun, dah ramai orang DM nak beri sumbangan. Saya kata, saya tak minta duit, saya nak minta kerja. Saya buat live pun nak cerita pasal kehidupan saya tapi button tak nak ‘gift’ tak ada.

Kali pertama bersiaran langsung di TikTok, Datuk Red terkejut tidak putus-putus menerima ‘hadiah’ sehingga terpaksa menamatkan sesi tersebut.

Kalau ikutkan saya boleh buat kerja itu hari-hari tapi saya tak nak. Biarlah saya berniaga macam ni, kalau orang simpati nak tolong saya belilah barang ni. Atleast saya dapat duit, orang pun dapat barang. Lagipun anak-anak saya tengok TikTok, nanti nampak Papa macam minta sedekah.

Ketika ditanya jumlah pendapatan ‘live’ dalam masa sehari, Datuk Red mengaku mencecah puluhan ribu ringgit. Duit itu dikeluarkan menggunakan akaun simpanan orang lain memandangkan Datuk Red sudah diisytihar muflis.

@majalahwanita Niat Datuk Red nak cari kerja, bukan minta sumbangan walau sehari buat live TikTok boleh raih puluhan ribu ringgit #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #datukred ♬ original sound – Majalah Wanita

Difahamkan, Datuk Red menerima bimbingan daripada mentor usahawan terkenal Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Beliau juga dilantik menjadi duta dan rakan kongsi produk HIM Coffee bekerjasama dengan pemilik Him Wellness Clinic, Dr Samhan.

Kredit: Utusan TV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas