Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Tular Individu Solat Tengah Jalan, Polis Terpaksa Jaga Trafik

Oh! Tidak

(VIDEO) Tular Individu Solat Tengah Jalan, Polis Terpaksa Jaga Trafik

Solat atau sembahyang merupakan perkara wajib bagi umat Islam yang sudah baligh dan dilakukan 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu.

ADVERTISEMENT

BACA: Warga Asing Lengkap Vaksin Dibenarkan Solat Di Masjid Dan Surau Bermula Esok

Ia juga merupakan rukun Islam yang kedua dari lima rukun yang ditetapkan dan menjadi kewajipan umat Islam melaksanakan perintah Allah SWT.

Seperti yang kita ketahui, Islam merupakan agama yang tidak menyulitkan. Kita boleh sehaja solat di mana-mana asalkan tempat itu bersih dan tidak mengganggu orang lain.

Tular lelaki ‘gila’ solat tengah jalan

Namun, terdapat pula sebuah kejadian yang mana seorang individu yang dipercayai mempunyai masalah mental telah mendirikan solat di tengah jalan raya.

Perkara itu memaksa anggota polis trafik untuk mengawal jalan raya sehingga menyebabkan sedikit kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku semalam di sebuah Jalan di Kuching. Namun lokasi kejadian masih tidak diketahui.

Berdasarkan perkongsian daripada seorang pengguna laman Facebook bernama Suara Marhaen, lelaki tersebut dilihat tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan meneruskan solat berkenaan.

Hah sudah!! Solat tengah jalanraya depan Shell Jalan Kuching. Terima Kasih Polis traffic datang buat pemantauan.

Menerusi video itu, anggota trafik itu dilihat tidak menganggu lelaki tersebut sebaliknya terus mengarahkan kereta-kereta di jalan raya supaya terus bergerak agar tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota yang bertugas untuk mengawal kesesakan serta tidak menghalang individu itu mendirikan solat wajar menerima pujian.

Setakat ini, tiada sebarang laporan penuh tentang kejadian yang berlaku dan berharap orang ramai tidak mengeluarkan sebarang spekulasi membabitkan individu tersebut.

Kredit: Facebook Suara Marhaen I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top