Connect with us

Oh! Media

Warga Asing Lengkap Vaksin Dibenarkan Solat Di Masjid Dan Surau Bermula Esok

Oh! Tidak

Warga Asing Lengkap Vaksin Dibenarkan Solat Di Masjid Dan Surau Bermula Esok

Di Pulau Pinang, warga asing yang lengkap vaksinasi akan dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan solat fardhu di masjid dan surau bermula esok.

ADVERTISEMENT

BACA : Masjid Di Putrajaya Dan Kuala Lumpur Dibenarkan Solat Jumaat 500 Jemaah

Menurut laporan Kosmo, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira situasi semasa dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Mohd. Zakuan Zakaria.

Walaubagaimanpun, kadar bilangan jemaah masih lagi kekal mengikut keluasan ruang solat di masjid dan surau.

Seperti mana makluman pada 17 September, JHEAIPP telah memberi kelonggaran khususnya pertambahan bilangan jemaah yang dibenarkan untuk solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah.

Sedikit demi sedikit kelonggaran telah diberikan kerajaan agar kita lalui kehidupan seperti sediakala berlandaskan situasi semasa. Terbaiklah!

Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan sekaligus dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang melanda.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top