Connect with us

Oh! Media

(Video) Tak Jadi Masak Lemak, Ketam Jadi ‘Hero’ Angkat Baju Terjatuh

ketam

Trending

(Video) Tak Jadi Masak Lemak, Ketam Jadi ‘Hero’ Angkat Baju Terjatuh

Tular di media sosial, video seorang lelaki yang menggunakan ketam untuk mengangkat baju yang terjatuh di luar balkoni dianggap sebagai satu tindakan yang bijak oleh orang ramai.

ADVERTISEMENT

BACA: Hukum Memakan Ketam Bulu (Hairy Crab)

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @reanalee05, caption ‘tak jadi nak masak lemak cili api, sebab beliau sudah ‘berbakti’ membuatkan orang ramai lebih terhibur dan setuju dengan statement tersebut.

Berlatarbelakangkan muzik ‘Mission Impossbile’

Muzik lagu Mission Impossible membuatkan video itu lebih lucu dan mendapat sambutan daripada mereka yang melihat video tersebut.

Sebelum ketam itu menjalankan misinya, ia telah diikat dengan tali pada badannya dan dijamin selamat. Pemilik video tersebut perlahan-lahan menurunkannya ke balkoni dan dengan jayanya, ketam tersebut berjaya mengangkat baju yang terjatuh itu.

Pelbagai reaksi dari penonton dilihat pada ruangan komen, dan salah satunya, mengatakan ketam itu sudah ‘berbakti’ kepada tuan punya baju.

Ada juga mengatakan bahawa ini adalah idea yang bernas, sebab selalunya dia hanya gunakan joran jika situasi sebegini terjadi.

Ada juga yang mengatakan ini adalah ‘misi terakhir’ crab sebelum dilepaskan, dek kerana background musik yang digunakan adalah Mission Impossible. Sampai ada juga yang mahu menjadikan ‘Mr crab’ ini sebagai anak angkat, hahaha.

ketam
ketam

Haha, memang pecah perut baca comment netizen ni! Lepasni kalau ada yang baju terjatuh dekat balkoni, bolehlah korang gunakan taktik ini untuk angkat baju tu! Dah boleh start bela ketam dekat rumah kot? haha.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas