Connect with us

Oh! Media

Pakai Seluar Dalam Merah Jadi ‘Pelitup Muka’, Penumpang Dipaksa Keluar Dari Pesawat

Article 1 17 12

Trending

Pakai Seluar Dalam Merah Jadi ‘Pelitup Muka’, Penumpang Dipaksa Keluar Dari Pesawat

Kejadian di Miami Florida, seorang penumpang yang memakai sehelai seluar dalam berwarna merah sebagai pelitup muka telah dipaksa dan disuruh keluar dari sebuah pesawat.

BACA: ‘Karen Dior’ Dikesan Masih Enggan Pakai Pelitup Muka?

Menerusi laporan Kosmo, penumpang yang bernama Adam Jenne, 38, diminta untuk keluar dari pesawat tersebut sebelum ia berlepas dari lapangan terbang Fort Lauderdale.

IKLAN

Tunjukkan ‘kebodohan’ disuruh memakai pelitup muka

Merah

Sebab Adam Jenne memakai seluar dalam berwarna merah itu sebagai pelitup muka adalah untuk menunjukkan ‘kebodohan’ mereka memaksa penumpang untuk memakai pelitup muka di dalam pesawat padahal mereka dibenarkan untuk membuka mask tersebut semasa makan atau minum.

Kru-kru penerbangan tidak membenarkan Adam Jenne untuk berada di dalam pesawat selagi dia degil memakai seluar dalam sebagai mask di wajahnya.

Jika seluar dalam boleh melitupi muka, maka ia telah melakukan tugasnya sebagai pelitup muka. – Adam Jenne

Setelah berbincang, Adam Jenne akhirnya mengalah dan meninggalkan pesawat tersebut sebelum ia berlepas.

Macam-macam karenah manusia ni, nak suruh pakai pelitup muka pun susah. Korang jangan buat perangai macam Adam Jenne ni pula okay? Haha.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas