Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Cetus Provokasi Melampau, 18 Pekebun Haram Durian Ditahan Polis

Trending

(VIDEO) Cetus Provokasi Melampau, 18 Pekebun Haram Durian Ditahan Polis

Semalam, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah melakukan satu operasi di kebun haram durian Musang King dan telah menahan 18 pekebun yang menceroboh kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, Pahang.

ADVERTISEMENT

Dikatakan pekebun durian Musang King berkenaan telah melakukan penanaman haram seluas kira-kira 101 hektar yang merangkumi lokasi hutan simpan tersebut.

Berang dengan operasi tersebut, beberapa pekebun telah mencetuskan provokasi melampau terhadap pihak penguatkuasa Perhutanan Negeri Pahang termasuk meletakkan halangan bagi menutup laluan keluar dan masuk kenderaan untuk ke kawasan tersebut.

Tular sebuah video yang memaparkan insiden ini di mana pekebun haram berkenaan bertindak memaki dan menengking pihak penguatkuasa yang sedang menjalankan operasi memusnahkan tanaman haram mereka.

“Oleh itu, beberapa laporan polis dan rakaman video diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

“Hari ini (semalam) sahaja, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berjaya menahan 18 orang disyaki pekebun haram yang memasuki kawasan HSK tanpa kebenaran dan membuat provokasi melampau kepada anggota kami,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Pihak polis telah menahan kesemua 18 pekebun haram berkenaan untuk dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk siasatan lanjut dan mereka akan diambil tindakan undang-undang di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara.

“Barang serta kenderaan yang dibawa oleh pekebun ini ke dalam kawasan HSK juga akan disita,” tulis kenyataan tersebut.

Pada masa yang sama, usaha penguatkuasa untuk memusnahkan kebun haram durian Musang King sudahpun mula dijalankan sejak dua hari lepas sehingga 2 Ogos ini, dibantu oleh pihak polis.

Kredit : TheVocket my-tv.online channel

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas