Connect with us

Oh! Media

Sultan Pahang Akhirnya Turun Padang, Terkejut Lebih 10,000 Hektar Tanah Raub Diceroboh

Oh! Negara

Sultan Pahang Akhirnya Turun Padang, Terkejut Lebih 10,000 Hektar Tanah Raub Diceroboh

Isu pencerobohan tanah di negeri Pahang nampaknya semakin membimbangkan apabila Sultan Pahang sendiri menzahirkan rasa terkejut selepas dimaklumkan mengenai skala penerokaan haram yang berlaku di Raub.

Menerusi laporan dari New Straits Times, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima taklimat daripada penguat kuasa negeri dan dimaklumkan bahawa sebanyak 10,600 hektar tanah telah diceroboh dan ditanam durian secara haram.

IKLAN

Setelah mendengar taklimat daripada penguat kuasa negeri, saya begitu terkejut dengan angka yang dikeluarkan (iaitu) 26,000 ekar (10,600 hektar) di daerah Raub sahaja dan ini adalah satu angka yang sangat besar.- Titah baginda.

Aktiviti haram tak boleh dibiarkan terus berlaku…

Titah baginda lagi, semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan aktiviti haram seperti ini tidak terus berlaku dan mesti dihentikan dengan segera.

Namun tindakan seterusnya perlu dibuat dan saya harap semua pihak harus bekerjasama kerana kita tidak boleh membiarkan amalan aktiviti haram ini diteruskan.- Tegas baginda.

Sultan Abdullah turut mengingatkan bahawa isu ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan perlu diselesaikan secara sistematik dengan melibatkan semua jabatan berkaitan.

Kalau (pencerobohan tanah) ini dibiarkan seolah-olah kita tidak ada pihak penguat kuasa, tidak ada pejabat hutan, tidak ada pejabat tanah, tidak ada pejabat MB (Menteri Besar) dan sebagainya.

Baginda juga menyarankan agar proses penyelesaian dilakukan secara berperingkat agar lebih berkesan dan realistik.

Kita boleh berusaha untuk menoktahkan perkara ini secara berperingkat-peringkat. Tak boleh buat secara mengejut dan sekali gus (kerana) itu mungkin susah sikit.

Baginda turut menegaskan bahawa sesiapa yang ingin memiliki tanah haruslah mengikut saluran dan proses permohonan rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pssttt! Pencerobohan tanah bukan saja merosakkan alam sekitar, malah mencabar kedaulatan undang-undang negara. Jangan biarkan kerakusan sesetengah pihak memusnahkan hasil bumi kita. Hormatilah peraturan dan saluran sah yang telah ditetapkan demi kelestarian negeri tercinta.

Kredit: NST
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas