Connect with us

Oh! Media

Tular Penyokong ‘Terjah’ Padang, Ketetapan SOP MFL Dipersoal

Trending

Tular Penyokong ‘Terjah’ Padang, Ketetapan SOP MFL Dipersoal

Baru-baru ini telah berlangsung perlawanan antara Terengganu dan Selangor dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia menyaksikan pasukan pantai timur itu berjaya menundukkan The Red Gaint dengan skor 3-1.

ADVERTISEMENT

BACA: MFL Keluarkan Fail Saman RM400 Juta Ke Atas TM

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu terus mengekalkan kecemerlangan dengan merekodkan lima perlawanan tanpa kalah dalam peringkat kumpulan.

Gol Terengganu masing-masing dijaringkan oleh Faisal Halim, Karsten Neitzel dan Jordan Mintah. Manakala gol sagu hati pasukan Selangor dijaringkan oleh Shahrel Fikri.

Kemenangan itu berjaya mengukuhkan kedudukan Terengganu dalam peringkat kumpulan B dengan mengumpul 15 mata diikuti pasukan Selangor di tempat kedua dengan 9 mata.

Penyokong masuk padang, kawalan keselamatan MFL dipersoal

Namun, terdapat sebuah insiden yang berlaku ketika perlawanan itu apabila seorang penyokong dari pasukan Terengganu yang nekad ‘menerjah’ padang bagi meraikan gol kedua pasukannya.

Ketika itu juga, penyokong tersebut dilihat turut memeluk pemain import, Jordan Mintah ketika meraikan gol kedua tanpa sebarang kawalan ketat oleh pegawai keselamatan.

Berhubung dengan kejadian itu, timbul pelbagai persoalan mengenai tahap keselamatan serta pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Mana tidaknya, perkara itu mampu mencetuskan penularan wabak dari kalangan penyokong dan pemain dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu.

Minit ke 3.36 (Sumber: YouTube MFL)

Ketua Pegawai terima laporan, akan jalankan tindakan susulan

Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, beliau mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Tambahnya, pihaknya juga akan menjalankan siasatan dengan memanggil pihak yang berkaitan sebelum tindakan sewajarnya diambil.

Saya tidak mahu bercakap mengenai kegagalan kawalan keselamatan kerana penganjuran kejohanan besar seperti Piala Dunia pun ada penyokong lari masuk ke padang.

Menurutnya, kegagalan pasukan bagi mengawal penyokong daripada menumbulkan kekecohan luar batasan boleh dikenakan hukuman denda.

Dalam pada itu, beliau turut memberikan contoh pasukan yang pernah didenda sebelum ini mengenai insiden yang sama iaitu pasukan Johor Darul Ta’zim pada perlawanan terakhir Liga Super 2015 dan pasukan Selangor selepas saingan Piala Malaysia 2015.

Tambahnya, kedua-dua pasukan itu telah didenda sebanyak RM5,000 hingga RM7,500 Oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kredit: Harian Metro I YouTube MFL

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas