Connect with us

Oh! Media

MFL Keluarkan Fail Saman RM400 Juta Ke Atas TM

Umum

MFL Keluarkan Fail Saman RM400 Juta Ke Atas TM

Saman sebanyak RM400 juta dikeluarkan oleh Liga Bolasepak Malaysia, MFL kepada syarikat Telekom Malaysia, TM yang didapati telah melanggar kontrak penajaan yang gagal membuat pembayaran hak penajaan dan penyiaran bagi musim 2019.

ADVERTISEMENT

TM dilihat melanggar perjanjian apabila membuat keputusan untuk menarik semula penajaan mereka keatas Liga Malaysia, Liga M bermula 2019 serta menafikan kegagalan melaksanakan apa yang terkandung dalam kontrak, sebaliknya menyatakan kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan bersama berkenaan asas komersial.

TM juga telah mencadangkan terma baharu dan mengubah beberapa syarat baharu dari apa yang dipersetujui dan ditandatangani bersama.

Menurut kenyataan itu, antara terma yang mahu dimasukkan TM adalah perubahan yang jelas bercanggah dengan persetujuan bersama sebelum ini dan akan menjadikan perjanjian antara MFL dan TM tidak stabil serta tidak adil.

“Justeru, ia tidak mungkin boleh dipersetujui oleh kami kerana ia dilihat sebagai cara TM untuk membebaskan diri daripada obligasinya di bawah syarat yang telah dipersetujui dan ditandatangani.

“Proses ini telah mengambil masa yang panjang dan pihak MFL telah cuba sedaya upaya untuk membantu mencari jalan tengah dalam perkara ini termasuk bersedia meminda sedikit syarat yang telah dipersetujui dan ditandatangani bagi membantu pihak TM.

“TM kemudiannya enggan menjalankan sebarang perundingan untuk mencari penyelesaian dan juga tidak mahu meluangkan masa mengadakan perbincangan lanjut bagi menyelesaikan isu ini apabila dijemput pihak MFL walaupun ada representasi sebaliknya daripada pengurusan TM ketika itu telah dipersembahkan kepada kepimpinan MFL.”

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas