Connect with us

Oh! Media

Berang Pasukan Tak Layak Ke Final, Penyokong Terengganu Mengamuk Baling Batu Ke Arah Bas Selangor FC

Trending

Berang Pasukan Tak Layak Ke Final, Penyokong Terengganu Mengamuk Baling Batu Ke Arah Bas Selangor FC

Semalam telah berlangsungnya perlawanan separuh akhir TM Piala Malaysia kedua di antara pasukan Terengganu FC dan Selangor FC.

ADVERTISEMENT

BACA: Berang Kerana Bolos, Penyokong Selangor FC Maki Pemain?

Meskipun menang ke atas Selangor FC dengan jaringan 1-0, keputusan itu masih tidak mampu untuk melayakkan Terengganu FC ke perlawanan akhir selepas mereka tewas 3-2 menerusi agregat.

Penyokong Terengganu mengamuk baling batu dan kon

Namun begitu, sejurus tamat perlawanan, situasi menjadi tegang selepas beberapa penyokong pasukan Terengganu FC yang tidak dapat menerima kekalahan itu dilihat menunggu di perkarangan luar stadium.

Perkara ini menyebabkan para penyokong Selangor FC tidak dapat meninggalkan tempat duduk mereka di dalam stadium.

Namun begitu, apa yang lebih mengecewakan ialah para penyokong Terengganu yang menunggu di perkarangan luar stadium itu kemudiannya bertindak membaling peralatan berbahaya seperti batu dan kon keselamatan ke arah bas yang membawa para pemain Selangor FC.

Dapat dilihat, perbuatan mereka itu telah menyebabkan sebahagian cermin bas pasukan Selangor FC mengalami kerosakan teruk.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan yang dilakukan penyokong Terengganu FC itu dan meminta agar FAM mengambil tindakan terhadap mereka.

Bola punya pasal, sampai teruk macam tu sekali diorang bertindak ya?

Kredit: Facebook Roni Andika Zainintawa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas