Connect with us

Oh! Media

13 Motosikal Hangus Terbakar

Article 2 9 11

Trending

13 Motosikal Hangus Terbakar

Kejadian di Flat Desa Mawar, Ayer Itam, Pulau Pinang, sebanyak 13 motosikal telah hangus dalam kebakaran pada jam 4 pagi tadi.

BACA: Syarikat Pemilik Lori Sampah Kesal Insiden Kanvas Terbang Jatuhkan Penunggang Motosikal

Menerusi laporan Utusan, kejadian kebakaran itu berlaku di kawasan letak kenderaan di flat tersebut ketika semua penduduk sedang nyeyak tidur.

IKLAN

Hangus hampir keseluruhannya

13 Motosikal

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Sharel Anuar Mawardy, pihaknya mendapat panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 4.12 pagi dan bergegas ke tempat kejadian 9 minit selepas itu.

Sampai sahaja di lokasi, kelihatan api yang marak di kawasan letak kenderaan di flat tersebut.

Apabila bomba tiba, didapati berlaku kebakaran melibatkan 13 buah motosikal. 

Kebakaran itu berlaku di kawasan parkir kenderaan yang mengakibatkan motosikal berkenaan terbakar hampir keseluruhannya.


Mereka berjaya mengawal api pada jam 4.26 minit dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.46 pagi. Tiada kenderaan lain yang terlibat dalam kebakaran itu dan pihak atasan masih menyiasat punca berlakunya kebakaran tersebut.

Semoga diberi ketabahan buat semua pemilik motosikal itu. Nasib baik tiada yang tercedera sewaktu kebakaran berlaku.

Kredit: Sinar Harian | Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas