Oh! Artis
“Patung Muka Saya Ditanam Depan Rumah!” – Ogy Ahmad Daud Dedah Pernah Disihir Lepas Kahwin
Pelakon terkenal, Ogy Ahmad Daud mendedahkan pengalaman seram apabila dirinya menjadi mangsa sihir selepas beberapa bulan berkahwin dengan pelakon Eman Manan.
Menerusi satu sesi Podcast di Youtube, Ogy mengakui dia mengalami gangguan aneh seperti sering melihat makhluk halus, perubahan emosi mendadak, serta rasa malas untuk bekerja.
“Saya jumpa patung muka saya ditanam depan rumah. Ketika itu baru beberapa bulan saya menikahi Eman.
Ogy Ahmad Daud kerap rasa naik angin

Bukan tu jer, dia kerap naik angin tanpa sebab sehingga menjejaskan kehidupannya pada waktu itu.
Imam temui patung berbalut kain kafan dan ditenyeh jarum!

Gangguan mistik yang dialaminya berlanjutan sehingga dia dibantu oleh isteri kepada pelakon Datuk Tarmimi Siregar, iaitu Tengku Asmah, yang memanggil seorang imam untuk memutuskan sihir tersebut.
Imam itu masuk saja terus dia kata, ‘ada benda dekat depan tu, korek sekarang’. Bila korek, jumpa patung muka saya yang dibalut kain kafan dan penuh dengan jarum.
Menurut Ogy, itu merupakan kali pertama dia melihat sendiri bukti sihir yang dihantar kepadanya.
Atas nasihat imam tersebut, dia perlu menjalani proses pemulihan dengan mandi di tujuh masjid dan menunaikan solat sunat taubat.
#ApaKataOhmedia
Gangguan sihir bukan perkara asing dalam masyarakat kita. Jika mengalami simptom pelik seperti emosi tidak stabil, sering bermimpi buruk, atau melihat bayangan aneh, segera dapatkan rawatan ruqyah atau perubatan Islam yang sahih.
Jangan biarkan diri terus menderita, kerana hanya dengan kuasa Allah, segala sihir boleh diputuskan!
