Oh! Tidak
Sudah Dijangka! Gelongsor Air Kaca i-City Sah Beroperasi Tanpa Kelulusan
Kebimbangan ini sudah lama disuarakan kita semua sebaik sahaja viral video permainan ni dekat TikTok. Sekarang, insiden yang tak diinginkan sudahpun berlaku di sebuah pusat permainan di i-City Shah Alam apabila pelampung pada permainan gelongsor air kaca tiba-tiba jatuh dan menimpa pengunjung.
Seperti dijangkakan, permainan ini dilaporkan masih belum mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk beroperasi.
Pas Selangor kecewa, pertikai penguatkuasaan…
Ketua Pemuda Pas Selangor, Sukri Omar, meluahkan rasa kecewa dengan kejadian ini, terutama bagi ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bercuti.
Persoalan yang paling besar ialah, mengapa permainan yang amat merbahaya seperti itu boleh beroperasi secara bebas sebegitu rupa?
Di manakah integriti dan kecekapan pihak penguatkuasa oleh Kerajaan Negeri Selangor? Apakah ada masalah dengan ‘Standard Operating Procedure (SOP)’ dan undang – undang sedia ada? Atau, apakah sebenarnya masih banyak pusat-pusat perlancongan/permainan yang masih belum mendapat kelulusan dan pada masa yang sama sedang beroperasi dengan bebas?- Katanya.
Beliau turut mempersoalkan tahap penguatkuasaan kerajaan negeri serta keseriusan mereka dalam memastikan keselamatan pengunjung di taman tema dan pusat hiburan.
MBSA: Notis sudah dikeluarkan tapi tak dipatuhi…
Menurut laporan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan notis pemberhentian pembinaan kerana permainan itu masih dalam proses pembangunan. Namun, notis tersebut tidak dipatuhi.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif, menjelaskan bahawa pihak i-City telah dikenakan kompaun pada 14 November 2024 kerana melanggar arahan tersebut.
Seruan semakan semula keselamatan..
Susulan kejadian ini, Sukri menggesa Kerajaan Negeri Selangor agar menyemak kembali semua aspek dasar dan teknikal berkaitan keselamatan taman tema dan pusat permainan. Diharapkan tindakan tegas lebih pantas diambil kerana kita tidak mahu kemalangan jiwa berlaku baru nak bertindak.
#OhmediaNasihat
Keselamatan perlu diutamakan dalam setiap aspek hiburan, terutama yang melibatkan kanak-kanak dan keluarga. Penguatkuasaan yang lemah boleh mengundang risiko yang lebih besar.
Jika korang mengunjungi mana-mana taman tema, pastikan semua permainan yang ada telah mendapat kelulusan pihak berkuasa untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Malaysia Gazette
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM