Connect with us

Oh! Media

Tular Dakwaan Remaja Meninggal Dunia Selepas Terima Dos Penggalak, Ini Penjelasan JKNS Dan Kebenarannya

dos penggalak

Trending

Tular Dakwaan Remaja Meninggal Dunia Selepas Terima Dos Penggalak, Ini Penjelasan JKNS Dan Kebenarannya

Ketika ini dunia sedang menghadapi satu lagi varian yang dikenali sebagai Omicron. Walaupun ia tidak begitu bahaya kerana kita sudah menerima dos lengkap vaksin, kementeri kesihatan tetap menggalakkan pengambilan dos penggalak.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, semakin ramai yang risau untuk mengambil dos penggalak ini berikutan terlalu banyak berita yang bertujuan untuk menakutkan orang. Terbaru, tersebar di aplikasi WhatsApp mengenai seorang remaja yang meninggal dunia yang dikatakan berpunca dari dos penggalak.

Berita pemergian remaja ini berlaku di Hospital Tuaran, Sabah dan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah membuat siasatan segera.

Pengarah JKNS, Dr Rose Nani Mudin bagaimanapun mengesahkan berita yang tular itu adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

Pesakit meninggal dunia pada 12 Februari lalu. Keadaan pesakit sudah diterangkan kepada ahli keluarga pesakit dan mereka menerima penerangan mengenai punca kematian dengan baik.

Ibu remaja sahkan anaknya tidak pernah mengambil dos penggalak

Siasatan juga mendapati bahawa pesakit menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 31 Julai dan dos kedua pada 21 Ogos tahun lalu. Ibu pesakit dan pihak Hospital Tuaran sudah mengesahkan pesakit tidak pernah mengambil dos vaksin penggalak.

Disebabkan ini, satu laporan polis telah dilakukan ibu pesakit bagi menafikan dakwaan anaknya meninggal akibat dos penggalak. Keluarga mangsa juga tidak tahu apa-apa tentang penularan terbabit.

Pihak Hospital Tuaran juga membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut mengenai penularan berita palsu dan gambar pesakit di aplikasi terbabit oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Lihat macam mana bahayanya berita palsu yang tersebar dengan cukup menyakinkan tetapi sebenarnya tidak benar sama sekali.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas