Connect with us

Oh! Media

Allahyarham Jaafar Onn Kena Serangan Jantung Semasa Prosedur Endoskopi

jaafar onn

Oh! Artis

Allahyarham Jaafar Onn Kena Serangan Jantung Semasa Prosedur Endoskopi

Pagi ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan khabar duka mengenai pemergian lagenda seni Jaafar Onn. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor selepas dua minggu ditahan di wad.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelakon Dan Pengacara Veteran, Jaafar Onn Disahkan Meninggal Dunia

Anak angkat Allahyarham dikenali sebagai Mohamad Hanif Hashim dalam laporan mStar memaklumkan bapanya meninggal dunia ketika menjalani prosedur endoskopi.

Allahyarham perlu menjalani prosedur itu kerana mengalami pendarahan yang teruk semasa membuang air besar.

Namun, keadaan jantung Allahyarham yang lemah menyebabkan prosedur itu berisiko tinggi.

Bacaan jantung dia memang tinggi sampai 140 dan masa buat endoskopi sekitar pukul 10 pagi Papa mengalami serangan jantung dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.32 pagi tadi.

Kata Hanif lagi, pada mulanya Allahyarham mengalami tekanan darah rendah. Pada masa yang sama, Allahyarham buang air besar berdarah terlampau banyak dan tak berhenti.

Berak berdarah tu pula mungkin disebabkan ada ulser dalam perut. Patutnya bulan dua ada rawatan susulan tapi tak dapat pergi sebab ada urusan lain. Lagi pun ketika itu, arwah rasa pembuangan sudah baik.

Ujarnya, pendarahan yang dialami Jaafar Onn mungkin berpunca daripada pengambilan ubat tahan sakit yang berpanjangan.

Ubat tahan sakit itu diambil arwah sejak tahun lalu kerana sakit lutut. Pada Ramadan tahun lalu, arwah mendapat tahu ada masalah jantung menyebabkan kakinya bengkak.

Kredit: mStar

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas