Connect with us

Oh! Media

Tidak Cukup 14 Hari, PKP Perlu Dilanjutkan Lagi? Ini Penjelasannya..

Trending

Tidak Cukup 14 Hari, PKP Perlu Dilanjutkan Lagi? Ini Penjelasannya..

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru saja mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Perseketuan (Kuala Lumpur & Putrajaya), Johor, Sabah dan Melaka selama 14 hari. 

ADVERTISEMENT

Korang rasa cukup ke tempoh yang diberikan tu bagi mengurangkan kadar jangkitan Covid19 yang setiap hari mencecah hampir 3,000 kes?

Pakar epidemiologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud mengatakan yang tempoh tersebut dilihat tidak mencukupi disebabkan jumlah kes jangkitan dalam komuniti lebih banyak dari PKP pertama pada bulan Mac tahun lepas. 

Untuk mengurangkan kes ke tahap yang lebih berkesan, beliau berpendapat bahawa PKP harus dilaksanakan dalam tempoh enam hingga 12 minggu. Apa pandangan korang? 

Pelaksanaan PKP memang perlu, cuma dua minggu tidak mencukupi kerana tempoh inkubasi virus ini ialah antara 10 hingga 14 hari.

Ia bermakna kes diumumkan hari ini mungkin mula dijangkiti 14 hari lalu.

Jika kita mahu PKP berkesan menurunkan kes secara berterusan, ia perlu dilaksanakan sekurang-kurang enam hingga 12 minggu.

Ketika PKP pertama, kadarnya adalah satu hingga dua peratus saja, bermakna hanya satu atau dua individu positif daripada 100 yang disaring, berbanding lapan orang sekarang.

Ini membayangkan penularan virus dalam masyarakat jauh lebih tinggi daripada yang dikesan.

Bilangan individu positif sekarang dihadkan jumlah ujian, bermakna lebih banyak ujian dijalankan, lebih tinggi jumlah kes positif dikesan.

Walaubagaimanapun, usaha kerajaan membahagikan tiga peringkat PKP diseluruh negara adalah sangat tepat, sekaligus dapat mengimbangkan ekonomi di negeri yang tidak merekodkan kes tinggi.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas