Connect with us

Oh! Media

“Patut Ke Aku Keluar Dari Agamaku?”, Sajat Luah Rasa Kecewa Kerana Teruk Diperlakukan

Trending

“Patut Ke Aku Keluar Dari Agamaku?”, Sajat Luah Rasa Kecewa Kerana Teruk Diperlakukan

Baru-baru ini, viral di media sosial video pengusaha kosmetik terkenal, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dalam keadaan menangis teruk dengan tangan yang digari.

ADVERTISEMENT

Macam biasa, pelbagai spekulasi telah pun dibuat netizen. Ada yang kata Sajat ditangkap kerana kalah kes di mahkamah, dan ada juga yang cakap Sajat akan dipenjarakan. Tapi semuanya dinafikan oleh Sajat, dan menyatakan yang dirinya telah dikhianti oleh seseorang.

Tak habis dekat situ, semalam IgStory Sajat pula jadi bualan netizen selepas dia upload beberapa luahan dan rasa kecewanya dengan layanan orang terhadap dirinya. Kata Sajat, hanya kerana dia berpakaian wanita, segala perlakuan baiknya seperti bersedekah, bayar zakat dan menderma tak boleh diterima?

Secara tak langsung, Sajat juga telah menjawab punca sebenar videonya yang digari tersebut viral di social media. Menurut Sajat, dia telah dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk beri keterangan dan membantu siasatan di bawah Enakmen Jenayah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 pada 6 Januari lalu.

Sajat disyaki terlibat dengan kes di bawah Seksyen 10 iaitu menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina. Ia ada kaitan dengan aduan yang diterima JAIS ketika Sajat menganjurkan satu majlis tahlil dan doa selamat bersama dengan anak-anak tahfiz pada 23 Februari lalu. Dalam majlis tersebut, jelas menunjukkan yang Sajat lengkap bertudung, berbaju kurung dan berpakaian seperti wanita.

Walaupun awalnya Sajat hanya dipanggil untuk beri keterangan, tapi dia kemudiannya didakwa perlu ditahan dan membela diri. Terkejut dengan hal tersebut, Sajat berkeras untuk berjumpa dengan ibu bapanya di luar bilik siasatan sebelum ditahan oleh pihak bertugas. Menerusi video yang direkod Sajat secara sembunyi, memang jelas ada berlaku pertengkaran dan pergelutan antara Sajat dan anggota JAIS yang bertugas.

Sajat juga mendakwa dirinya telah dikasari dan dihempap oleh anggota JAIS sebelum tangannya digari. Dia sempat menunjukkan kesan luka dan lebam disebabkan pergelutan itu. Sajat kemudian telah dipujuk dan ditenangkan oleh kedua ibu bapanya. Merasakan yang hak kemanusiaannya telah diambil oleh individu tidak bertanggungjawab, Sajat kemudian menulis segala rasa sedih dan kecewa di ruangan IgStory.

“Adakah aku seorang kafir? Aku selalu bersedekah, membayar zakat. Tetapi kerana pakaianku adalah wanita, aku dihukum oleh agamaku. Orang macam aku ini tak layak memeluk Islam, sebab orang macam aku ini digari dan dihukum teruk dalam agamaku.”

“Buat apa pun tetap haram, dan aku rasa Islam itu berat pada aku. Jika aku keluar Islam baru mereka happy. Patut ke aku keluar dari agamaku?” – antara luahan Sajat.

Rata-rata netizen ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Sajat. Tapi, tak kurang juga ada yang menyatakan memang Sajat bersalah dalam hal ini. Apapun, sebagai manusia biasa memang kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan.

“Kalau aku salah, dekat dengan aku, nasihat aku cara baik. Bukan gari aku! Dan masukkan aku dekat dalam lokap. Aku bukan melacurkan diri sampai korang buat aku macam penjenayah yang buat kesalahan besar.”

Semoga Sajat terus kuat dalam menghadapi ujian ini. Lain orang, lain jenis ujian yang diberi Tuhan. Tapi apa yang pasti, semuanya mengikut keupayaan individu tersebut. Pasti ada hikmah perkara ini berlaku, tak kira buat diri Sajat sendiri atau buat kita semua. Wallahu’alam.

Kredit: Instagram Sajat, TikTok

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas