Connect with us

Oh! Media

Situasi Luar Jangkaan Mungkin Berlaku, Hospital Kerajaan Diarah Siap Sedia

Oh! Tidak

Situasi Luar Jangkaan Mungkin Berlaku, Hospital Kerajaan Diarah Siap Sedia

Susulan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak, Hospital kerajaan di negara ini diarah supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku situasi luar jangka.

ADVERTISEMENT

Ia termasuk mengoptimumkan kemudahan di institusi kesihatan itu termasuk katil di hospital hybrid Covid-19 yang juga perlu dioptimumkan penggunaannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Malah, jabatan kesihatan di setiap negeri turut perlu memastikan agihan kapasiti penggunaannya mencecah 50 peratus daripada bilangan keseluruhan katil hospital ketika berdepan peningkatan kes secara mendadak nanti.

Sumber tenaga manusia di hospital di negeri masing-masing juga perlu dioptimumkan sepenuhnya, bertujuan membolehkan lebih banyak mobilisasi secara dalaman dilakukan.

Dr Noor Hisham, baru-baru ini memaklumkan kadar penggunaan semasa katil rawatan kritikal (ICU) Covid-19 di Lembah Klang secara keseluruhannya mencapai 90 peratus.

Ujarnya, enam buah hospital yang mempunyai katil ICU, khusus bagi merawat pesakit Covid-19 dilaporkan melebihi ambang amaran, iaitu 70 peratus penggunaan, membabitkan Hospital Sungai Buloh (HSB), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR), malah ada antaranya menghampiri 100 peratus.

Dr Noor Hisham juga  turut memaklumkan penangguhan pembedahan dan prosedur elektif di hospital seliaan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan lebih banyak katil hospital, termasuk di ICU digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

Penanguhan ini juga bagi membolehkan anggota dari semua bidang klinikal dimobilisasikan bagi membantu perawatan Covid-19, termasuk di ICU.

Pengarah kesihatan negeri boleh menentukan untuk melaksanakan semula pembedahan dan prosedur elektif secara berperingkat.

Susulan penangguhan pembedahan dan proses elektif itu, katanya, sebahagian anggota pelbagai kategori, iaitu pakar, pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan dan berkaitan daripada semua disiplin klinikal dan bukan klinikal, perlu di mobilisasi secara sementara ke wad Covid-19, termasuk di ICU.

Semoga semuanya dipermudahkan. Aamiin..

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top